"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Tuesday, 19 July 2011

:: PUASA DAH DEKAT...::

Assalammualaikum...!!

hummm diam tak diam, tak lama lagi kita nak sambut Ramadhan. kiranya dah 3 tahun aku sambut Ramadhan tanpa orang yang aku sayang. mak aku!!!. kadang-kadang aku rasa macam mak masih ada. kalau aku balik dari kerja aku selalu bau ubat angin mak. sebab ubat tue masih ada aku simpan. mestilaa ada bau kan. kau jangan nak takot-takotkan aku pulak. dahlaa aku nie jenis penakot.

perkara yang paling aku tak boleh lupa. bila mak beria-ia nak masakkan rendang ayam untuk aku. tengah-tengah malam gigih aku mencari ayam untuk mak buat rendang esoknya. aku bagitau mak, nak buat apa masak rendang, bukan raya lambat lagi..puasa pun belom. mak aku kata, mak takut tak sempat nak masakkan rendang nanti. aku mula-mula takdalaa hirau sangat dengan ayat mak tue. tapi rupa-rupanya ayat mak tue jadi kenyataan pulak. hummm itulaaa kali terakhir aku dapat rasa masakan rendang ayam mak. ntah kenapa...rendang tue aku rasa lain sangat. sedap giler..!!! smapai aku jilat pinggan..betol nie...aku tak tipu kau!!. aku tengok mak, mak ketawa je...

humm...macam biasa, aku akan bangun sahur tanpa dengar suara mak bising-bising kejotkan aku bangun. memang aku ada mak tiri. tapi lain antara dia dengan mak aku. series aku cakap kau...aku macam tak serasi sangat dengan mak tiri aku. memang dia baik...tapi hati aku tak boleh nak terima dia sangat. janganlaa kau sebok tanya kenapa. sebab aku sendiripun takda jawapan...untuk soalan kau tue. apapun aku kena redha dengan ketentuanNya. Dia lebih sayangkan mak aku. Dia lebih tau apa yang terbaik untuk mak. dari mak hidup merana kat dunia nie...lebih baik mak tenang kat sana.

P/S : saya rindu mak....!!!


1 comment:

cahaya inspirasi said...

sedihnya baca entry ni...
sabar yer bro...sedekahkan AL-FATIHAH byk2 kat arwah..semoga dia tenang disana..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...