"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Sunday 31 July 2011

:: KITA - KITA ::

Assalammualaikum kamu-kamu yang tersayang,

Pertama sekali untuk post kali ni, saya akan gunakan kata ganti nama diri 'saya' instead of 'aku'. Sebabnye saya tujukan khas penulisan kali ni kepada kita-kita sekalian yang sangat2 ramai berkecimpung dalam dunia tanpa sempadan dan jaringan2 yang ada di hujung jari pada hari ini. Sesekali saya tak akan guna panggilan 'abg' sebab..... geli [ngada2 sgtkan saya ini].

kamu-kamu di luar sana...

Oleh kerana internet disebut sebagai dunia tanpa sempadan, tempiasnya amat ketara kerana apa yang kita lakukan, kita pertuturkan, seolah2 sudah tidak ada batasan lagi atau dengan kata lain apa saja perkataan, luahan, pandangan dan penulisan kita mudah disebarkan dengan sekali 'click' sahaja. Dalam masa yang sama kita mula ketagih dan mula ingin memulakan kata2 yang kadang2 tidak perlu malah lebih banyak mendatangkan kemusykilan. Apa yang terjadi, apabila ada antara kita-kita berkata2 tanpa sumber yang tepat dan kesahihannya diragui, perkara ini akan mendatangkan kesan yang berbeza. Apabila sesuatu statement dikeluarkan oleh kita-kita, cara pemahamam seseorang individu atau rakan2 kita yang membaca satement itu secara psychology adalah berlainan dari segi intonasi, kefahaman ayat dan yang paling bahaya adalah dari segi emosi kita-kita.. oleh sebab perkara ini la mengapa boleh wujudnya pepatah yang selalu kita dengar "don't judge a book by its cover". Boleh ke kita menilai peribadi seseorang dengan hanya membaca statement dari orang lain yang secara jelasnya tidak bersumberkan dari fakta yang sebenar? Malah statement itu sendiri adalah meragukan..

Kamu-kamu di luar sana...

Dalam kita-kita meningkat dewasa sekarang, sudah tentu keadaan sekeliling menjadi satu pengaruh yang amat besar bagi kita-kita... apa saja yang terlintas di depan mata, malah yang terlintas di dalam fikiran pun kita-kita boleh mudah terikut dan terpengaruh. Ini normal, tetapi pengaruh dari sesuatu yang boleh membuat diri kita-kita terjerumus kepada perkara tidak baik selalu terjadi dan dapat dilihat tanpa kita-kita sedari. Malah yang lebih manakutkan apabila kita-kita terpengaruh dengan sesuatu berita dari org lain, lantas terus membuat satu kesimpulan yang boleh memburukkan orang lain tanpa kita-kita mengkaji dari mana sumber, kepastian dan kesahihan apa yang kita-kita percayakan tu. Kita memang suka mengambil jalan mudah, apabila kita terbaca sesuatu tentang orang lain, kita cenderung untuk memberi pandangan. Tidak salah menyatakan pendapat tapi jika kita luahkan dengan emosi negatif, maka perkara buruk la yang akan terkeluar dari mulut kita. Seterusnya orang lain akan membaca apa yang kita-kita luahkan lantas mereka juga akan membuat perkara yang sama berulang2 dan asalnya adalah datang dari statement kita-kita, perkara itu tersebar dan bertanggungjawablah kita-kita selagi kata2 itu disebut2 smpai bila2.. mahukah kita betanggungjawab dgn berita yang tidak sahih disebarkan oleh org lain? Doa ampun dari tuhan elakkannya.. Bila tidak ada pendirian dalam diri kita-kita untuk berkata dengan kata2 yang benar dan pasti, inilah yang sangat2 ditakuti dalam masyarakat kerana ia boleh membawa kita-kita kepada satu dosa yang amat besar iaitu FITNAH.

Kamu-kamu di luar sana...

Bersahabatlah dengan baik, berbicaralah dengan bijak dan berfikirlah dengan akal yang dianugerahkan tuhan. Perkara yang kecil jika boleh menyebabkan kita mencemuh orang lain bermakna hati kebenaran dalam diri kita-kita masih belum bertapak pada tempatnya. Betulkan niat, terapkan pemikiran berlandaskan kebenaran tanpa menerima bulat2 kata2 yang entah dari mana datang asal usulnya.


Akhirul qalam, saya mendoakan kita-kita semua dan juga saya sendiri menjadi seorang yang lebih peka dengan perkara yang ada di depan mata atau di mana sahaja sama ada ia datang dari pembacaan, penulisan atau pemikiran kita-kita.. Jika tidak tahu kebenaran, berhentilah dari mencipta keraguan, jika ada yang ingin disampaikan, teluskan hati dengan keikhlasan...



Salam sayang...

Saturday 30 July 2011

:: TENTANG AKAD NIKAH NADIA ::

ok...tunang sudah, sekarang majlis akad nikah nadia pulak. than to nad sebab masih percayakan hasil sentuhan tangan aku. aku sangat hargainya. time majlis ne, something bad happend to me...cheee speaking london gue hahahaha. aku demam agak teruk kali ne. so aku tak dapat nak memberi sepenuh tumpuan sgt dengan mekap nadia ari tue. sorry to nad!! sebab x dpt nk mekapkan u secantik biase cheee...!!


tapi thanx jugak to your family sebab take care jurumekap ne sangat - sangat hehehe...korang  satu famili mmg sgt baik..:). aku plak siap tertido dalam bilik pengantin hehehe. sangat tak senonoh aku nie. sebab aku tak larat sangat time tue, nasib dah sudah mekap hehehe...tudungpun aku nk buat style lain sebenarnye. tp hasilnye lain plak. takpelaa...korang layan jeklaa dulu pix neh ye...:)

Friday 29 July 2011

:: TENTANG MAJLIS SANDING NADIA ::




sekarang gambar - gambar sanding Nadia, sekali lagi khidmat aku diperlukan oleh famili Nad. majlis nie berlangsung kat dewan ape ntah yang kat cheras tue. masalahnya aku ne, kalau mekap orang bukan jenis amik gambar terus. sebab tuelaa aku ne tak byk sangat koleksi yang aku penah mekap. walaupun aku dah banyak sangat mekap org kawen. termasuk jugak aku penah mekap Datin Norjuma untuk cover majalah. tapi sayang, aku tak amik gambar dengan datin mase tue. so..no proof no talk..kan??? tapi saksi - saksi kejadian ade hehehehe...

kadang - kadang rase mcm rugi plak, tak dapat nak kongsi hasil aku kat korang sume. apepun layan jeklaa yek..:D...punyelaa lame, sampai nadia ne dah bersalin. baru aku terhegeh-hegeh nak upload pix die kawen hehehe..
 




































Thursday 28 July 2011

:: TENTANG MAJLIS TUNANG NADIA ::

Alamak...perut tak coverlaa huhuhu




macam yang aku penah cakap before ne. aku ade mekap nadia untuk majlis tunang beliau. majlis tunang ne, macam biaselaaa kat rumah die, kat sepang. time ne aku 1st time jumpe. so aku tak dapat nak bayangkan lagi muke die mcm mane. so ade rase debaran di dada. aku ne mcm biase, kalu nk mekap orang tue, dada aku macam nak pecah hehehehe. tapi bile dah start job tue, hmmm biase je kot.

aku ne tak berape reti nak mekap bile ade org yang terlalu ramai dalam bilik. maybe sebab segan kot. ntahlaa...tapi..inilaa pix majlis tunang nadia...kredit to nadia..:)


Khusyuk - Sebelum siap





Done - after mekap















Wednesday 27 July 2011

:: GILER PUNYE KEJE ::



semalam, aku belek-belek pc aku ne. sekali aku terjumpe pix time aku pegi kursus kat Langkawi. humm sgt teruja aku bile tengok pix tue. aku tak ingat bile mase aku pegi kursus ne. aku rase dlm hujung tahun 2010 aku rase. sbb time ne aku sedang mengalami krisis diri yang paling teruk dlm sejarah hidup aku.

bukanlaa bermakne aku kena pegi kursus ne sebab aku ne dah tahap teruk reputasi diri. cume aku rase lega bila dapat jauh dari putrajaya, jauh dari hidup yang menyesakkan nafas aku. aku rase time tue aku perlukan kekuatan mental untuk menghadap segala ujian Tuhan dalam hidup aku.

alhamdulillah, sepanjang seminggu aku kat langkawi tue, jiwe aku rasa sangat-sangat tenang, nak-nak plak dengan ade kawan-kawan aku sepanjang kursus tue buat aku boleh lupekan sekejap masalah yang menimpa aku time tue. hmmmm kadang-kadang kite susah nak puaskan hati sume orang. kan?? selepas ape yang berlaku baru aku sedar. tak gune buat baik dengan orang lain, sedangkan org yang aku pernah tolong menikam aku dari belakang. sejak tue...aku tak percaye pada hubungan adik beradik. biarlaaa org nak kate ape kat aku. aku puas...!!! memang orang akan kate ikatan adik beradik takkan putus kalau dicincang. tp secare asasnye bukan aku yang memutuskan hubungan tue. mereke-mereka yang bergelar "Ahli Syurga" yang memutuskannye. derang senang-senang je cop aku "Ahli Neraka". pasti ke kamu-kamu masuk syurga????

hmmm...ape aku merepek sebenarnye ne hahahahahaha...aku sebenarnye nak citer pasal gambar-gambar  terlampau aku ne kt korang. malu pun ade jugak..hahahaha..tapi aku rase aku dah banyak kali kot berfesyen begini. korang berani?? hahahahaha...ini sume 1 of part kitorang punye aktiviti time kursus tue. tajuk aktiviti ne..."lelaki menjadi perempuan" bole tak?? hahahaha...yang jadi mangse kompem-kompem laa aku kan. aku plak dengan senang hati memberi kerjasama yang sangat baik. bile aku tengok pix aku ne rasa bodo pun ade jugak. tapi layankan jeklaa...alaaa time aku kecik-kecik dulupun arwah mak aku pakaikan aku baju kurung segale..tapi sume tue kenangan jek time budak-time. maklumlaa arwah mak aku time tue nak sangat anak perempuan gamaknye. sekali kuar...anak lelaki yang comel.aku laa tue hahaha....apepun enjoy korang...

 

Malu aku tengok gambar nie hahaha



Main laga-laga plak...

ish ish ish ish

Pamela Anderson Malaysia????


Syira, Aku dan Aida




aku tetap nak menyelit










 

Tuesday 26 July 2011

:: DEMI ::

Demi apa lidah berkata, demi apa hati bertanya.. demi cinta jangan tak setia, demi masa janji dikota... Perjalanan yang singkat menemukan titik permulaan di sudut hati yang tidak pernah terbuka, perjalanan yang hampir jatuh disebalik arus ketenangan yang dirasa cukup untuk ditelan, namun terserlah hanya andaian si pendeta seorang yg tidak berteman... langkah yang terhenti membuka seribu persimpangan yang menanti... dan demi takdir yang telah ditulis hanya Dia yang mengetahui...


Di kala saat bulan mencerahkan daratan, langit memainkan bunyian, maka lantas lautan memantulkan keinginan... dan hampir pasti dapat menerangi pencinta malam yang dulu hanya bermimpi, kerana bintang yang sering menghiasi sepenjuru alam selalu berjanji... dan setiap kata renungan sumpah dan sehati, lantas diambil cerita sejarahnya tulus ke lubuk sanubari..


Detik pertemuan menjanjikan keakraban, tetapi tidak mengisahkan keutuhan... namun ikatan yang tidak dilihat selalu mentafsir keyakinan... kerana Dia telah memberi harapan dengan doa dan kesungguhan... mengapa perlu berkata dusta sedangkan lidah menghunus tajam mengelak derita.. mengapa perlu melontar madu sedangkan bunga telah disiram akarnya... tetapi si pendeta tetap menulis bermatakan hati berlidahkan kemaafan... menanti petunjuk mengharapkan pedoman...


Hari demi hari dinanti bertanyakan hasrat kecil, hanya tertanya di manakah kaki ini berdiri... adakah mampu menuai saat membuah, adakah kelu manisnya sehingga tak lerluah... senyuman hampir menunggu pasti, jelingan khuatir dibalas janji... kata2 ini ikhlas diberi tanpa dibalasi, menangis tersenyum dulu yang hanya menyepi... riak wajah langkah tersusun sendiri, memberi ilham si pendeta merawat diri...


Dia adalah sekalung penyejuk amarah diri, dia adalah separuh jiwa yang dulu lemah kini berdiri, dia adalah kata-kata yang penuh janji, dan dia adalah lunas-lunas yang mengotakan apa yang telah dihajati... tatkala hampir jatuh lemas di dalam air mata sendiri, namun lautan di dalamnya ada yang menasihati, memberi nafas untuk direnangi, sehingga kaki melutut sambil menginsafi...dan kepadaNya juga yang selalu memaafi...

Monday 25 July 2011

:: SECRET OF LOVE ::

sekadar gambar hiasan



You can't force someone to love you, all you can do is become someone who can be loved. The rest is up to them!

True love is spelled G-I-V-E.
It is not based on what you can get,
But rooted in what you can give to the other
person...*Josh McDowell*


Love is a gift.
You can't buy it,
You can't find it,
Someone has to give it to you.


Learn to be receptive of that gift,
Learn the Secrets of Love!

The First Secret - The Power Of Thought
***********************************

Love begins with our thoughts.
We become what we think about.
Loving thoughts create loving experiences and loving relationships.
Affirmations can change our beliefs and thoughts about others and ourselves.
If we want to love someone, we need to consider their needs and desires.
Thinking about your ideal partner will help you recognize her/him when you meet her/him.


The Second Secret - The Power Of Respect
************************************

You cannot love anyone or anything unless you first respect them.
The first person you need to respect is yourself.
To begin to gain self-respect asks yourself, "What do I respect about myself?"
To gain respect for others, even those you may dislike, ask yourself "What do I respect about them?"


The Third Secret - The Power Of Giving
**********************************

If you want to receive love, all you have to do is give it!
The more love you give, the more you will receive.
To love is to give of yourself freely and unconditionally.
Practice random acts of kindness.
Before committing to a relationship ask not what the other person
will be able to give to you, but rather what will you be able to give them.
The secret formula of a happy, lifelong, loving relationship is to always focus on what you can give instead of what you can take.


The Fourth Secret - The Power Of Friendship
***************************************

To find a true love, you must first find a true friend.
Love does not consist of gazing into each other's eyes,
But rather looking outward together in the same direction.
To love someone completely you must love them for who they are, not what they look like.
Friendship is the soil through which love's seeds grow.
If you want to bring love into a relationship, You must first bring friendship.


The Fifth Secret - The Power Of Touch
**********************************

Touch is one of the most powerful expressions of love,
Breaking down barriers
And bonding relationships.
Touch changes our physical and emotional states and
makes us more receptive to love.


The Sixth Secret - The Power Of Letting Go
*************************************

If you love something, let it free.
If it comes back to you it's yours, if it doesn't, it never was.
Even in a loving relationship, people need their own space.
If we want to learn to love, we must first learn
To forgive and let go of past hurts and grievances.
Love means letting go of our fears, prejudices, egos and conditions.
Let go of all your fears, the past has no power over you!

Remember-Today is the beginning of a new life!


The Seventh Secret - The Power Of Communication
********************************************

When we learn to communicate openly and honestly, life changes.
To love someone is to communicate with them.
Let the people you love know that you love them and appreciate them.
Never be afraid to say those three magic words: "I Love you."
Never let an opportunity pass to praise someone.
Always leave someone you love with a loving word - it could be the last time you see them.

If you were about to die but could make telephone calls to the people you loved…
Ask Your self?
Who would you call?
What would you say?
And now I ask you…


Why are you waiting?


The Eighth Secret - The Power Of Commitment
****************************************

If you want to have love in abundance, you must be committed to it, and that commitment will be reflected in your thoughts and actions.
Commitment is the true test of love.
If you want to have loving relationships, you must be committed to loving relationships.
When you are committed to someone or something, quitting is never an option.
Commitment distinguishes a fragile relationship from a strong one.


The Ninth Secret - The Power Of Passion
***********************************

Passion ignites love and keeps it alive.
Lasting passion does not come through physical attraction alone, it comes from deep commitment, enthusiasm, interest and excitement.
Passion can be recreated by recreating past experiences when you felt passionate.
Spontaneity and surprises produce passion.
The essence of love and happiness are the same, all we need to do is to live each day with passion.


The Tenth Secret - The Power Of Trust
*********************************

Trust is essential in all loving relationships.
Without it one person becomes suspicious, anxious and fearful and the other person feels wrapped and emotionally suffocated.
You cannot love someone completely unless you trust them completely.
Act as if your relationship with the person you love will never end.
One of the ways you can tell whether a person is right for you is to ask yourself:


"Do I trust them completely and unreservedly?"
If the answer is "no",
Think carefully before making a commitment!


Two things you should NEVER say
To the one you love:
"I love you, but...“

And…

"If you loved me, you would...“

Ask your self:
Should you really qualify love with conditions?
What we have once loved we can never lose.
All that we love deeply becomes a part of us!

We can only learn to love by loving!

:: SIROSTRATUS ::

sekadar hiasan

Bagaimana jika ada hati yang bersuara tapi tak ada rasa yang memandang.. bagaimana jika ada degupan yang mendengar tapi tak ada sentuhan yang membalas...? Bagaimana pula jika ada cinta yang ditafsir tapi tak ada sayang yang merungkai...

Perjalan ini hanya sekadar menyusun keiginan hati yang kecil dan terabai namun tetap ia sebuah cerita dari kisah si pencerita yang mengimpikan si bidadara.. betapa jauhnya rasa ketandusan diri menagih cinta si bidadara seolah pertemuan itu terlalu jauh umpama mimpi di dalam mimpi...

sekadar hiasan
...


Bagaimana kisah ini terjalin? Ia muncul tanpa rasa diduga, ia mekar disaat tertutup kelopak mata... ia meresap disaat hati tergoda, ia kekal disaat cinta dikata... Pada masa si pencerita menghuraikan ayat2nya, si bidadara memberikan seribu cerita... lantas tangan tidak terhenti melakar kisah di sebalik pena, menghurai setiap satu apa yang tersirat, dan terbaca setiap apa yang tersurat...

Setiap insan adalah sama setiap langkahnya, cuma di garisan itu terungkailah siapa diri bila tapak akhir terhenti... Ia juga menjanjikan satu suasana seindah syurga walau tidak pernah dirasa, tapi Dia memberikan pentunjuknya untuk dilalui bersama.. Malah lebih manis bila bersama dengan insan yang didamba, mengecapi impian dan keinginan setiap makhluk yang bernyawa

sekadar hiasan



Sunday 24 July 2011

:: RENUNGAN BERSAMA....::

Ikhlas dalam amalan dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran
“Beramallah/bekerjalah kamu, nescaya Allah, Rasulnya dan orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu itu” (Maksud daripada ayat 105 Surah at- Taubah)

Apabila kita membicarakan tentang amalan atau pekerjaan, ia akan melibatkan dua perkara iaitu sumbangan dan ganjaran atau antara pekerja dan majikan. Dalam Islam, sebarang amalan atau pekerjaan yang tidak terkeluar daripada batasan syarak jika dilakukan dengan ikhlas, ia termasuk dalam kategori ibadat. Oleh yang demikian bagi setiap orang beriman yang bekerja dengan penuh ikhlas akan memperolehi dua ganjaran iaitu mendapat upah atau gaji selepas selesai melaksanakan pekerjaan tersebut dan yang keduanya akan memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah sebagai bekalan di Akhirat nanti.


Perkataan ikhlas terlalu mudah disebut di pinggir bibir tetapi sukar untuk diletak di pangkal hati. Keikhlasan perlu datang seiring dengan akal yang sihat dan nurani yang suci yang semestinya berpaksikan kepada ketakwaan kepada Ilahi. Darjat ketakwaan hanya akan mampu diperolehi melalui mujahadah diri iaitu sesorang perlu membersihkan hati nuraninya daripada segala sifat mazmumah (keburukan) seperti hasad dengki,sombong diri, khianat, tamak haloba dan yang seumpama dengannya.


Penentuan sama ada seseorang itu telah memperolehi darjat ketakwaan atau belum hanya diri individu itu sendiri yang boleh menentukannya, bukannya daripada kacamata orang lain kerana ia amat berkait rapat dengan hubungan antara hamba dengan Allah SWT. Alat perhubungan yang perlu digunakan dalam konteks hubungan antara hamba dengan penciptanya untuk mencapai darjat ketakwaan ialah solat kerana Allah telah menegaskan di dalam al-Qur`an bahawa “sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar”.


Oleh yang demikian, cubalah kita renungkan di saat kita masih diberi ruang dan peluang ini di tahap manakah kualiti solat kita adakah kita termasuk dalam kategori orang yang hanya berdiri mengerjakan solat ataupun orang yang benar-benar mendirikan solat. Sekiranya kita ikhlas memelihara solat , insya Allah solat akan memelihara kita daripada melakukan kemungkaran dan membimbing kita ke jalan ketakwaan. Jangan kita jadikan kesibukan bekerja sebagai alasan meremehkan solat dan jangan pula solat dijadikan alasan untuk mengabaikan pekerjaan. Tepuk dada tanya iman. Rebutlah peluang selagi ada kesempatan sebelum tiba saat kesempitan. Wallahu a`lam.

Saturday 23 July 2011

:: AMANAH ITU BERAT ::

Maksud Hadith:
Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta- minta untuk menjadi pembesar Negara, kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau dilantik (diangkat) tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam menjalankan tugasmu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian:
Amanah dan tanggungjawab jika dilaksanakan secara kolektif dan penuh keikhlasan akan menimbulkan semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik. Oleh itu tidak dinafikan bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bukannya mudah. Sudah tentu akan ada kawan dan juga lawan.
Sebagai rakyat yang dipimpin pula, kita tentulah berharap agar setiap pemimpin itu akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam memimpin, bukannya membelakangkan kebajikan dan kepentingan rakyat yang dipimpinnya.
Demikian juga sebagai pemimpin, mereka tidak boleh mementingkan populariti dan menceburkan diri dalam arena politik semata- mata untuk menambah kekayaan peribadi, menggunakan wang dan menyalahgunakan kedudukan politik untuk menarik sokongan. Kuasa yang ada sebenarnya adalah amanah dan hendaklah digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Namun apa yang berlaku ialah tidak semua pemimpin mempunyai keikhlasan dalam memikul tanggungjawab mereka, bahkan tidak menyedari tentang beratnya tanggungkjawab dan amanah yang dipikul. Sesetengah mereka menjadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk hidup senang – lenang.
Oleh sebab itu, janganlah kita merasa hairan apabila ramai yang berani menampilkan diri untuk menjadi pemimpin malah berlumba- lumba untuk menjadi pemimpin padahal dalam hati mereka sendiri tidak ada keikhlasan, hanya mengejar populariti semata- mata.
Maka disinilah pentingnya peranan rakyat dalam memilih bakal pemimpin mereka. Adakah dia benar- benar layak atau sebaliknya kerana jika kita tersilap dalam memilih, padahnya adalah kepada diri kita sendiri sebagai rakyat dan generasi selepas kita, malah Negara juga akan ditimpa mudharat.

Friday 22 July 2011

:: TIDUR YANG SUNAT DIKEJUTKAN ::

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena . Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari m ena ik dan sebahagian tubuh mu terk ena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak k ena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
 
الصبحة تمنع الرزق

Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
 
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi).  Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Keduabelas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-A bad i dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
 

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
 

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

:: Majlis Sanding Khatijah ::










Majlis sanding Khatijah nie merupakan pengantin yang kedua aku mekapkan. Majlis nie berlangsung pada tahun 2005. Thanx to Khatijah sebab sudi bagi beberapa keping gambar dia untuk aku upload dalam blog aku nie. hmm kerjaya andaman dan mekap pengantin nie aku cuma buat secara sambilan sahaja. kalau ada job barulah aku buat. kalau takda tue...duduklaa diam-diam hikhikhikhik...

Thursday 21 July 2011

:: Teruja...::

update blog lagik!!!..

FB kt opis aku ne on kejap je. dr jam 1pm sampailaaa jam 2pm SAHAJA. jadi aku amik mase dlm 1 jam yang ade utk mengharvest Cityville aku huhuhuhu. tapi x bole lame jugak. sbb asik hang je manjang. jd x seronok plak..

satu perkare yg aku teruja nak cerita kat sini, bile td kawan lame aku, kawan baik aku mase aku kt sekolah rendah dulu. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH, kat Gemencheh. kau tau gemencheh tue kat mane?? haa google laa ape lagik hahaha...!!! yg buat aku terharu sgt bile die mention kt msg inbox tue. "since 1st time aku ade FB ne, org pertama yg aku nak carik adelah kau"..mean aku laa tue. bile aku bace tue..aku x tau nk rase ape...nanges?? ntah...terharu?? ye kot..malu?? ade sket...sbb sepanjang hidup aku..aku x penah nk ingat kawan-kawan lame aku..terutama yg kt sekolah rendah. terukkan aku!!! :D..ntahlaa dh memang perangai aku mcm tue kot...

mule2 aku tak berape nak ingat siapa die. last2 aku view album die. nampaklaa pix abah die. Pakcik Taib..yeaa..aku mmg igt pakcik Taib ne. sebab die yg bawak aku & anak die Ahmad Tharmizi ne pegi interview Sekolah Agama Maahad Ahmadi, Gemencheh. pakcik taib ne nak sangat aku dgn Mizi ne 1 sekolah. sekolah plak x bole blah...sekolah agama uols!!! haiss kalu x skang ne kompem aku dh jadik colan2 Imam Muda hahahaha...tp rezki aku xde kat sini...so hubungan aku dgn Mizi ne stop kat situ je.

sebenarnye aku mase sekolah rendah dulu, cume ade 3 org KB [Kawan Baik].
1. Aku, Mohd Mahathir Mohd Isa;
2. Mizi, Ahmad Tharmizi bin Taib; dan
3. Rizal bin Alias.

kemane2 pun kami tetap bertiga. derang jeklaa yg aku rapat & kenal sepanjang aku sekolah dr darjah 1 sampai darjah 6. tapi aku rase, nasib kawan aku lg sorang aku tak tau citer, since die benti sekolah mase tingkatan 3. after PMR kot kalau x silap aku. die stop sekolah sebab ayah die meninggal. die yg membela adik2 die. kdg2 tiap2 petang mase aku keje partime kat stesen minyak petronas tue, aku nampaklaa rizal ne bawak basikal tua bapak die...dr mane aku x tau. aku ade gak cube panggil die...tp die mcm mengelak je nak jumpe aku. hmmm sedeykan...aku rase citer rizal ne dh mcm citer GEMILANG yg kat tv3 tue je.

aku harap, kalu umur aku panjang, aku nak je jumpe rizal tue kalau aku balik Gemencheh satu ari nanti...:)...insyaAllah...:)!!!

Wednesday 20 July 2011

:: MAJLIS PERSANDINGAN SAIFUL AKMAL DAN MUNIRAH 16-7-2011 ::

sabtu lepas, aku sebok mengisi masa lapang dengan membuat andaman pengantin. ini merupakan kerja partime aku yang ke-empat. hmmm banyakkan kerja aku. tapi belum rezki untuk aku nak kaya raya lagi. kau doa-doakanlaah aku cepat kaya...amin...!!!

ini merupakan majlis kahwin yang dah banyak kali aku buat. alhamdulillah client dengan famili diorangpun baik juga. hummm yang paling best masa aku dapat makan cendol kt majlis nie. best giler cendol tue. sampai usus aku penuh dengan cendol hehehe....hmm ini sebahagian gambar yang aku dapat update kat kau. ada lagi gambar outdoor, tapi aku belom dapat nak upload lagi. apapun enjoy yang nie dulu yek...



sedang dalam proses penataan wajah



Persalinan pengantin yang direka khas oleh team aku


aku tengah tekon memakaikan tudung







Penat aku nak buat pelamin nie. alhamdulillah jadi jugak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...