"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Monday 30 July 2012

:: update - peristiwa - sahabat yang baik...::





Assalammualaikum,

aaa...lama benor aku tak ngupdate belog ni..haiihh! bukan apa, (hah! dia nak bagi alasan dah...), aku agak busy (balik2 alasan yang sama juga aku pakai, busy busy busy...dab lagi sebab aku cuma boleh hapdate blog aku nie kat opis je. kat umah aku nak cocok internet kat mana???...). So kepada yang masih membaca, (tak update nak baca apa pandai?) terima kaseh banyak-banyak. Yang baru datang (budget aku glamor la nak ada orang datang baca blog aku?), Selamat datang dan terima kaseh sebab view. Jap.. yang diri aku ni sibuk nak menyampuk kenapa? jentik pusat jap lagi..senak!. Okay, kita sambung...kembali series..

Skang ni masa aku update dah nak dekat pukul 9:22 pagi dan aku haram mengantok tahap tapir yang tidor berdiri. Kenapa aku mengantuk sangat? sebab....

eh! jap..bos aku panggil..

................

okay lah! ada kerja yg bos suruh aku buat, tapi letak tepi dulu. yang penting blog kesayangan aku nie. aku kalau buat kerja opis nie. pejam mate tutup ketiak dah boleh settle. apadehal...!!!

-_-"

PERISTIWA SATU

hari Jumaat lepas, bersamaan 25 Syaaban 1433H, aku dengan adik-adik Parkson Alamanda meronggeng, menghabiskan masa malam minggu kat Shah Alam. Perancangannya nak pergi tengok dan jalan-jalan kat iCity. akupun tak pernah pergi lagi jadinya, pada aku iCity tue takdalaa best sangat. biasa-biasa je. mungkin sebab aku sampaipun dah nak masuk subuh. takdelaa banyak perkara-perkara seronok kat situ. harap lampu-lampu pokok yang cantik je.


PERISTIWA DUA

kisah yang kedua juga masih berkait dengan Parkson. aku tak tahulaa..macam mana aku nak mula. sebab..mungkin aku berkait atau mungkin aku tak berkait secara langsung atau tak langsung. aduuuiihh...mesti kau masih lagi tak paham. akupun tak paham lagi kenapa, mengapa hal tue terjadi. tapi aku harap adik aku dah dapat pengajaran dan moral dari apa yang berlaku. sepanjang malam berada di Balai Polis membuatkan aku sedar bahawa sesuatu matlamat itu tidak menghalalkan cara. dan aku harap semua tue akan diingati oleh adik-adik aku di Parkson.

dan kat situ jugak aku nampak nilai sahabat yang paling bernilai. mencari kawan mudah tapi mendapatkan sahabat susah. kerana susahnya itulah kemungkinan sepanjang hayat kita, kita tak bertemu dengan seseorang yang boleh kita panggil sahabat.

ceritanya bila, semua yang ada kat Balai Polis tue, sedaya upaya membantu cuba melepaskan adik cashier tue dari masuk lokap. aku dapat tengok bila semua yang ada cube mengumpul duit untuk bayar duit denda malam tue. hampir RM1000 jugak. Alhamdulillah...malam tue jugak aku dan yang lain-lain mampu kumpul jumlah duit yang Polis nak.

aku cerita bukan nak kata aku baik, sekadar nak bagitahu selain seorang lain yang bernama sahabat tercatuk depan kita dalam bentuk manusia dan bukan syaitan atau alien, sebenarnya kita juga ada sahabat yang paling sejati iaitu diri kita sendiri. macam aku katakan tadi, untuk mendapat sahabat yang baik, diri kita sendiri perlu baik, barulah sahabat-sahabat yang baik akan datang dan kekal bersama kita. insyaAllah....


** nota kaki : My love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strenght to face the challenges of life


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...