"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Wednesday 15 August 2012

:: Vanessa...::


busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy.....

T___T

  • Rindu bantal besar segiempat aku.
  • Rindu nak nengok Astro sowang-sowang dari jumaat malam sampai ahad malam.
  • Rindu nak baring di ruang tamu sampai sakit kepala.
  • Rindu untuk tidak mandi selama 2 hari di hari minggu.
  • Rindu untuk hanya makan biskut segiempat bergula cicah dengan air nescafe panaz!
  • Rindu nak main masak-masak
  • Rindu nak kena percikan minyak panas sebab goreng ikan
  • Rindu nak mengemop lantai rumah

Aduh! lama betul aku tak buat benda-benda di atas. Bukan apa, tak sempat babe! bangun ja kerja, habis kerja tertido, esok bangun kerja, balik tertido..kerja, tertido..kerja tertido..kalau balik curi masa sikit nengok Astro atau keluar ronda-ronda Kuala Lumpur dengan adik-adik Parkson..esok dah lebam mata cam panda (tapi panda kering la..)...

huaaaaa...

update:
lagi beberapa hari je lagi kita nak meraikan Aidilfitri. baju raya alhamdulillah aku dah beli. colour purple ok. alhamdulillah akhirnya baju raya aku berganti yang baru. syukur sangat rezeki Allah nak bagi. selama 5 tahun baju raya aku tak ber-update! Kepada yang selalu jengah ke sini tu, minta maaf, entry ni tiada gambar lagi, sebab aku bukanlah jenis photogenic dan terima kaseh kerana masih lagi menyokong saya! aminn (adeh! kenapa dah macam nak buat kampen pilihanraya la plak)

Special Thanks:
Terima kaseh kepada adik Tersayang Azrul, adik Ku Ashraf, adik Nazmi, adik Farid K-pop, adik Wani, Adik Shududu (hahahaha jangan tanye siapa die!!!), adik Gebu yang paling gebu kat Parkson tue, Norehan Hussein. Terima kaseh sebab teman abang bulat awak nie pergi beli baju raya kat Jalan TAR, terima kasih juga sebab sabar melayan kerenah abang bulat kamu nie yang mengada-ngada nak beli baju raya. dan minta maaf sangat pada Adik Farid K-Pop sebab buat awak kena saman hahahahahaha...kesian kat kau dik. terima kasih juga di atas makanan sahur Mcdonald yang begitu banyak, saya sangat puas walaupun pagi tue cirit birit, tapi abang bulat  puassss!

sehingga bertemu lagi...


Sekian,

:: Situasi...:

Situasi:

Abang A : Dam! kenapa lama tak update blog?

Kakak B : U! lama mendiamkan diri! apa cer?

Atok  C: Cu! update cu! update!

Kambeng D: Mbbeeekkk Mbbbbeeekkk!? (bila nak update mooooooo!? eh aku kambengkan?? kan?? kan?? apa pasal bunyi lembu pulak??)


Mahathir : Sorry! sekarang saya memang tengah ....................................................... (sila isi dengan jawapan yang reasonable)


p/s: maaf! nanti bila saya dah tak ......................................(sama juga dengan jawapan di atas), saya akan update! Terima kaseh kerana memahami! sayang kamu semua! ^_^

Sekian,


** nota kaki : (Bonus dan gaji dah masuk tapi bonus dan gaji dah keluar balik! T__T)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...