"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Sunday 31 July 2011

:: KITA - KITA ::

Assalammualaikum kamu-kamu yang tersayang,

Pertama sekali untuk post kali ni, saya akan gunakan kata ganti nama diri 'saya' instead of 'aku'. Sebabnye saya tujukan khas penulisan kali ni kepada kita-kita sekalian yang sangat2 ramai berkecimpung dalam dunia tanpa sempadan dan jaringan2 yang ada di hujung jari pada hari ini. Sesekali saya tak akan guna panggilan 'abg' sebab..... geli [ngada2 sgtkan saya ini].

kamu-kamu di luar sana...

Oleh kerana internet disebut sebagai dunia tanpa sempadan, tempiasnya amat ketara kerana apa yang kita lakukan, kita pertuturkan, seolah2 sudah tidak ada batasan lagi atau dengan kata lain apa saja perkataan, luahan, pandangan dan penulisan kita mudah disebarkan dengan sekali 'click' sahaja. Dalam masa yang sama kita mula ketagih dan mula ingin memulakan kata2 yang kadang2 tidak perlu malah lebih banyak mendatangkan kemusykilan. Apa yang terjadi, apabila ada antara kita-kita berkata2 tanpa sumber yang tepat dan kesahihannya diragui, perkara ini akan mendatangkan kesan yang berbeza. Apabila sesuatu statement dikeluarkan oleh kita-kita, cara pemahamam seseorang individu atau rakan2 kita yang membaca satement itu secara psychology adalah berlainan dari segi intonasi, kefahaman ayat dan yang paling bahaya adalah dari segi emosi kita-kita.. oleh sebab perkara ini la mengapa boleh wujudnya pepatah yang selalu kita dengar "don't judge a book by its cover". Boleh ke kita menilai peribadi seseorang dengan hanya membaca statement dari orang lain yang secara jelasnya tidak bersumberkan dari fakta yang sebenar? Malah statement itu sendiri adalah meragukan..

Kamu-kamu di luar sana...

Dalam kita-kita meningkat dewasa sekarang, sudah tentu keadaan sekeliling menjadi satu pengaruh yang amat besar bagi kita-kita... apa saja yang terlintas di depan mata, malah yang terlintas di dalam fikiran pun kita-kita boleh mudah terikut dan terpengaruh. Ini normal, tetapi pengaruh dari sesuatu yang boleh membuat diri kita-kita terjerumus kepada perkara tidak baik selalu terjadi dan dapat dilihat tanpa kita-kita sedari. Malah yang lebih manakutkan apabila kita-kita terpengaruh dengan sesuatu berita dari org lain, lantas terus membuat satu kesimpulan yang boleh memburukkan orang lain tanpa kita-kita mengkaji dari mana sumber, kepastian dan kesahihan apa yang kita-kita percayakan tu. Kita memang suka mengambil jalan mudah, apabila kita terbaca sesuatu tentang orang lain, kita cenderung untuk memberi pandangan. Tidak salah menyatakan pendapat tapi jika kita luahkan dengan emosi negatif, maka perkara buruk la yang akan terkeluar dari mulut kita. Seterusnya orang lain akan membaca apa yang kita-kita luahkan lantas mereka juga akan membuat perkara yang sama berulang2 dan asalnya adalah datang dari statement kita-kita, perkara itu tersebar dan bertanggungjawablah kita-kita selagi kata2 itu disebut2 smpai bila2.. mahukah kita betanggungjawab dgn berita yang tidak sahih disebarkan oleh org lain? Doa ampun dari tuhan elakkannya.. Bila tidak ada pendirian dalam diri kita-kita untuk berkata dengan kata2 yang benar dan pasti, inilah yang sangat2 ditakuti dalam masyarakat kerana ia boleh membawa kita-kita kepada satu dosa yang amat besar iaitu FITNAH.

Kamu-kamu di luar sana...

Bersahabatlah dengan baik, berbicaralah dengan bijak dan berfikirlah dengan akal yang dianugerahkan tuhan. Perkara yang kecil jika boleh menyebabkan kita mencemuh orang lain bermakna hati kebenaran dalam diri kita-kita masih belum bertapak pada tempatnya. Betulkan niat, terapkan pemikiran berlandaskan kebenaran tanpa menerima bulat2 kata2 yang entah dari mana datang asal usulnya.


Akhirul qalam, saya mendoakan kita-kita semua dan juga saya sendiri menjadi seorang yang lebih peka dengan perkara yang ada di depan mata atau di mana sahaja sama ada ia datang dari pembacaan, penulisan atau pemikiran kita-kita.. Jika tidak tahu kebenaran, berhentilah dari mencipta keraguan, jika ada yang ingin disampaikan, teluskan hati dengan keikhlasan...



Salam sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...