"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Tuesday 19 July 2011

:: 1 NATION MC...::

mesti kau tertanya-tanyakan kenapa tagline aku 1 NATION  MC. bukanlah aku berangan nak jadi penyanyi. sumbang kot suara aku. kalu katak dengarpun ketawa. sebab tadi aku dapat memo dari Unit Komunikasi Korporat. aku telah dilantik menjadi pengacara majlis untuk satu majlis yang akan diadakan kat Putrajaya International Convention Centre [PICC].

aku rasa bangga jugaklaa. sebab ini kali kedua aku dilantik menjadi MC. kali pertama aku berkolaborasi dengan bos aku dalam pembentangan kumpulan inovatif dan kreatif [KIK], sebagai wakil dalam bahagian aku nie.

apa yang paling aku takot nanti masa majlis berlangsung tue, janganlaa sound sistem buat hal. tetiba meletoplaa..macam-macamlaa yang membolehkan aku melatah secara carutan yang amat dahsyat. biasalaaa mulut aku nie jenis kurang adab sikit kalau melatah. so siapa-siapa yang dah tau perangai aku tue. silalah pastikan semuanya akan perfect ye nanti. kalau taknak dimalukan oleh aku dan secara otomatiknya akupun turut malu hahahaha...

sah-sah aku perlukan rehearsel. sebab aku bukannya pro sangatkan. sakit gugup aku selalu ada. jadi...wish me luck guys...!!!


kepala memo yang terpaksa aku padamkan nama Kementerian hehehe...


1 comment:

Gda Hanum said...

owh..ni bukan tuk event 25 julai ke abg adi?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...