"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Thursday 10 November 2011

:: meraban tahap dewa ::







kau rasa kau bangga tak dengan nama yang kau ada?? kau rasa kau rasa dihormati tak bila nama kau disebut orang lain?? contohnya macam kau pergi Parkson shopping [kenapa Parkson?? suka hati akulaa nak letak Parkson..kan??]. lepas tue, macam biasa yang aku selalu sebut :

"Selamat Datang, maaf lama menunggu, Bonuslink kad ada??"...

ok..belum selesai lagi tue. pastu kau bayar jumlah yang kau beli tue. pastue kau pulak mengade-mengade bayar guna kad kredit. barang yang kau beli tue setoking yang hanya berharga RM19.90. kau boleh je bayar Tunai kan. saje nak tunjuklaaa kau ade kad kredit...???!!! heeiii akupun ade tau...kad Bonuslink, kad pengenalan, kad pusat urutanpun hade hokeyyy!!! kau ade??? haaa...takdekan...!!! so jangan nak berlagak sangat.

ok...tue belum habis aku citer lagi tue. kat atas kad kredit kau tue adelaa print nama kau kan. kau yang tak perasan ada nama kau kat kad kredit tue sile semak ok. tak payah aku nak ajar macam mana nak tengok. kau yang takde kad kredit sila duduk diam-diam di pejabat. baca blog aku sampai habis hahahaha.

ok...bila cashier dah selesai transaksi, macam biase amalan cashier terbaik akan sebot nama kau yang tertera kat kad tue. contohnya :

"Terima Kasih Puan Cepelot, terima kasih, datang lagi"

pastu, tetiba kau kata:

"ape nie sebot-sebot nama orang, sangat kurang hajarlaa sebot-sebot nama orang"

Ya Ampunnnnnn...heeeiii kau nak aku lempang kau ke hape?? kau sepatutnya rasa bangga tau aku - Mohd Mahathir sebot nama kau - Puan Cepelot. kalau orang lain ade nak sebot nama kau?? haisss..kadang-kadang aku tak paham perangai manusia nie. sebot salah, tak sebot lagilaa salahkan. kau patutnya rasa bangga dengan nama kau. buat apalaa nak sembunyi-sembunyikan nama sendiri. betol tak?? 

macam aku nie haaa. nama dahlaaa sebijik macam mantan perdana menteri Negara Malaysia. mestilaa aku akan rasa bangga bila mat saleh ke, pak arab ke wahima rakyat malaysia sendiri yang datang shoping dan bayar kat aku...mereka akan kata:

1. "whoaaa..nama mahathir, bagus!!! saya suka nama tue"
2. "you are ex-prima minister of malaysia - why working here??"" - nak je aku tampo kalau orang arab tanya macam tue kat aku...tapi dah keje kan...senyum jeklaaa...!!!

semestinya aku akan rasa bangga giler!!!

tapi aku heran dengan kau Puan Cepelot. aku terpaksa balas balik dengan kau:

"Puan, saya minta maaf kalau saya menyebot nama puan itu merupakan satu tindakan yang kurang ajar. tapi puan sepatutnya rasa bangga dengam nama puan. ia juga merupakan polisi dan ESG Parkson untuk mengucapkan terima kasih pada pelanggan". aku tau kau tak suka aku menjawab macam tue. tapi itulah hakikatnya. kau kena terimalah. bukan aku sebot nama kau yang bukan-bukan.


sekurang-kurangnya itu merupakan satu penghargaan, penghormatan orang lain terhadap kau. mengucapkan terima kasih kat waiter warong yang hantar air kat kaupun satu perkara yang sangat besar maknanya kat waiter tersebut. mestilaa waiter tue akan rasa berbesar hati dengan kau. tapi yang selalu aku dapat tengok, selalunya sangat susah untuk kite mengucapkan terima kasih. TERIMA KASIH ITU SEDERHANA TAPI AMAT BERMAKNA.  

Pepatah cakap harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, jadi kita kena lah berbangga dengan nama yang dianugerahkan untuk kita itu.. ada sesetengah orang pula tidak suka nama yang diberi oleh mak bapak mereka. mungkin nama yang diberi itu mereka rasa kelakar untuk disebut dan takut di ejek oleh kawan-kawan agaknya..
 
Kesimpulannya.. tidak ada orang lain yang akan suka dengan nama kita melainkan diri kita sendiri, nama yang mencerminkan keperibadian setiap individu dan kita wajib mencintai nama kita dan berusaha mengangkat nama kita agar di hormati dan disanjunggi masyarakat. contohnya seperti nama-nama lagenda yang sampai sekarang orang kenang, Tun Dr Mahathir [akulaaa tue], dan Adolf Hitler [haaaa ini kau] yang namanya tercatat didalam buku sejarah. 

Mana tahu suatu hari nanti nama Mohd Mahathir boleh masuk buku sejarah sebab mencetus huru-hara kat negara nie sebab aksi terlampau hahahahaha....atau menjadi lagenda dunia blog Malaysia.. hehe insyaallah..amin!!!...[nuffnang aku baru RM1.30 - apa lagik kliklaaa weeii iklan-iklan yang ade kat blog aku nie. tuepun nak aku ajar ke??]
 
 
gambar budak nie takde kaitan dengan citer aku - hanye metofora sahaja.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...