"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Sunday 17 July 2011

:: Thong-logy Part 1 [untuk bacaan 20thn keatas, yg 18thn kebawah sila tutup mata..]


Kisah 1
Tahun 2002, Mohd Rafael (bukan nama sebenar) seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama penuh telah dibelasah oleh pelajar-pelajar seniornya.

Adakah pelajar-pelajar seniornya itu samseng sekolah?

Oh tidak. Mereka adalah pelajar yang baik. Mereka terdiri daripada pengawas serta ahli jawatankuasa disiplin dan sahsiah Persatuan Pelajar-pelajar Islam.

Oh, jadi Mohd Rafael lah yang jahat?

Pun tidak. Tapi, mungkin dia sedikit tersilap langkah? Dia di tangkap ketika sedang menyidaikan dua helai G-string miliknya di ampaian secara terbuka. Bagi pelajar seniornya, budak ini sudah rosak akhlak bila terkantoi dengan memakai 'benda-benda' seumpama itu. Jadi habuan untuk Mohd Rafael ialah sepak terajang dan dipaksa membuat akur janji supaya tidak akan memakai 'benda-benda' itu lagi.





Kisah 2

Sekitar tahun 2003, Nik Ismail seorang pelajar di sebuah kolej matrikulasi sedang tekun mengulang kaji di meja study apabila roommate nya, Izwan ingin meminjam charger hand phone daripadanya.

"Amik la dalam drawer kat locker aku tu" kata Nik Ismail.

10 saat kemudian..

"Ish apa ni? Underwear ke? Ko pakai ni ke Mail? He he he.. Ha ha ha ha.. Ha ha ha ha haa... Muwaha ha ha ha... Raop! Cuba ko tengok underwear Mail ni!! Ha ha ha... Ko jadi penari bogel ke Mail?''

Izwan mencapai Thong tersebut dengan hanger dan membalingkan nya kepada Rauf, seorang lagi roommate mereka. Deraian ketawa dua 'mangkuks' itu kemudiannya memenuhi segenap ruang bilik. Sudahnya, malam itu Izwan terpaksa tidur dengan bibirnya yang pecah akibat ditumbuk oleh Nik Ismail yang tiba-tiba naik angin gara-gara diejek dan dihina oleh rakan-rakan sebilik nya sendiri.

 
Kisah 3


Awal tahun 2009, Puan Salmah, suri rumah sepenuh masa sedang sibuk mengemaskan bilik anak bujangnya, Kimie apabila dia secara tidak sengaja terjumpa sehelai seluar dalam yang begitu aneh bentuknya. Dia cepat-cepat memberitahu Kamal, abang sulung Kimie tentang penemuannya itu.

Beberapa jam kemudian, Kimie disoal siasat bertubi-tubi oleh abangnya tentang seluar dalam aneh yang ditemui oleh Puan Salmah Huha tadi. Mereka syak Kimie adalah seorang gay. Mereka tidak tahu yang Siti Zakiah, iaitu kekasih Kimie adalah insan yang bertanggungjawab membelikan Thong itu sempena menyambut birthday Kimie yang ke 18 beberapa hari sebelum itu.

Sebenarnya ada banyak lagi kisah tragik yang ada di dalam simpanan aku. Tapi cukuplah aku memaparkan 3 kisah sahaja. Er, salah satunya adalah kisah milik aku sendiri. Yang mana satu? Rahsia…

Apa-apa je lah. Yang penting sekarang, aku bertanya;
Will somebody please tell me what is so wrong about men wearing thongs or G-strings?


akan disambung....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...