"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Thursday 10 May 2012

:: HARI TUA...DAN SATU KEMAJUAN!!!




Tahun nie umur aku bertambah satu angka lagi menjadikan aku lebih dewasa. dulu-dulu, masa aku masih di bangku sekolah, aku selalu terfikir 'alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi besar...'. time tue rasa tak sabar nak jadi besar. time tue jugak daya pemikiran banyak bergantung kepada logik akal semata-mata. logik akal waktu tue pulak terbatas dek pengetahuan yang cetek. biasanya, sumber pengetahuan tue datang dari drama-drama tv yang ditonton tak lupa dari perbualan dengan kawan-kawan sekolah time rehat tengah hari. pada usia tue, kerja sekolah dan ujian pertengahan, dilihat perkara yang amat annoying dan kira paling susah laaa time tue. sampai tercetus rasa nak cepat-cepat besar. konon-konon bila dah besar, tak payah susah-susah nak ambik peperiksaan lagi. punya naif.

pada aku, definisi hidup berubah-berubah sejajar dengan frasa umur kita. atau dalam bahasa matematiknya, difinisi hidup berkadar langsung dengan usia.

masa aku tengah baby, 'hidup' nie pada aku adalah tidur, bangun, nangis dan menyusu. bila aku naik darjah satu, 'hidup' aku ialah dengar cakap mak abah, dan pergi sekolah. bila aku meningkat remaja, 'life' is to have girlfren so that you can show to others yang kononnya macam "weeh!! aku ado gelprenlaa!!nso aku dah complete syarat untuk aku jadi remaja!". dan girfen aku yang pertama masa aku darjah dua. gatal meroyan aku kan...darjah dua dah ada gelpren. dan aku masih ingat lagi name kekasih hati aku tue nama dia - SERI ANA OKTIZAWIYAH...currlassss nama kan??? bagi aku dia memang cun..dan aku pulak budak lelaki yang paling comel..humm..dan aku masih comel seperti dulu..dan sentiasa akan comel. dan akhir sekali, bila dah menganjak ke usia dewasa nie, aku rasa hidup nie adalah belajar, kerja carik duit, kawen dan...akhirat. tapi...part kawen tue aku rasa sedikit susah nak tunaikan hahaha...insyaAllah. jika ada jodoh aku dengan dia...Tuhan pasti makbulkan...lelaki takpa kawen lambat...aku kuat lagi ape..!!!...

bila duduk-duduk sendirian, kekadang aku terfikir juga "hurmm..sepanjang tiga puluh tiga tahun kehidupan aku atas muka bumi Allah nie, apa jeklaa yang aku dah buat?? rasa macam banyak buang masa dan main-main je. jadi, aku capai pen dan kertas..(boleh kau percaya tak?? hahahahah)...aku cuba menconteng sambil mengingatk semula apa yang aku dah capai sepanjang hidup aku.

aku ingat lagi, waktu kecik-kecik dulu, aku cukup tak berani naik basikal. aku takut jatuh yang pastinya membuatkan muka aku tak secomel sekarang. tapi atas semangat yang arwah mak aku bagi..akhirnya aku dah dapat naik basikal beroda tiga..canggeh tak?? bukankah itu satu kemajuan??

lepas tue, aku masih ingat lagi sewaktu aku masuk sukan lumba lari 100 meter. nak lawan dengan taiko-taiko lumba lari. aku rasa cikgu yang pilih aku untuk masuk acara tue...gila agaknya. tapi aku dengan bangganya memakai baju fido dido ketika tue yang memang glamer. bila cikgu bunyi wisel...aku berlari dengan bersungguh-sungguh. tapi aku tetap dapat no last. kau nak tau...taiko-taiko yang lari dengan aku, tak sampai 2 minit aku rasa dah ada kat garisan penamat. aku dengan terkedek-kedek macam anak itik balik reban terhegeh-hegeh nak sampai garisan penamat. bila aku balik rumah aku menyorok bawah meja menangis sebab menahan malu yang teramat sangat. mana tau kot-kot TV3 datang umah nak temuramah aku sebab lari macam itek balik reban. tapi mak aku dengan penuh rasa keibuan, memujuk aku "takpe dik...usaha lagi lain tahun"..aku diam..bila aku masuk darjah 5, aku masuk lagi acara balapan nie. tapi bukan acara 100 meter. acara aku ditukar ke 4x100 meter. lari berganti-ganti. dan aku masih semangat memakai baju fido dido...dan akhirnya aku dapat jugak piala gangsa bagi acara 4x100 meter tersebut. jadi...dari kekalahan aku tebus dengan kemenangan...bukankah itu satu kemajuan???.

sebenarnya banyak lagi kemajuan yang dah aku capai dalam hidup nie. contoh lain, aku dah boleh makan daging, see food. walhal sebelum nie, kalu aku jamah je daging dan seafood muka aku akan bengkak macam udang kena bakar. hmmm udang jena bakar macam mane?? hahahahaha...tapi bukankah itu satu kemajuan??

bila aku gagal menghabiskan Diploma aku, aku menunggu lapan tahun dalam sektor kerajaan untuk aku sambung belajar peringkat ijazah. akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran aku di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, secara pengajian jarak jauh dalam Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)(Perhubungan Awam). dari kegagalan..aku cuba untuk bangkit semula...bukan itu juga satu kemajuan???

kadang-kadang aku fikir, usahlah kita cemburu dengan kejayaan orang lain. usah mendongak langit hentak-hentak kaki menangis kenapa aku tak ke bulan..?? sebaliknya kita usaha lagi supaya ada kemajuan. kalau takde bulanpun tak mengapa. boleh jadi kita ke bintang??:)...





Tuesday 8 May 2012

:: aku ade blog rupenye...!!! ::

Assalamualaikum semua,
 
aku rasa blog ni dah mcm gua yg penuh dgn kelawar dan sarang labah-labah. Bukan tak nak update, tapi penyakit malas melanda jari jemari untuk menaip, selagi  tak setel satu benda, aku tak leh nak buat bnda lain..  tak leh nak skip-skip.. so bila dah betul-betul free baru aku akan jenguk-jenguk blog ni, wahh aku ada blog rupanya.huahauhau

Motif sebenar post ni untuk menyatakan yang hari nie aku rasa sangat mengantuk kat opis. ntahlaa...sejak aku pindah masuk unit baru nie. minda aku tak boleh nak memproses tenaga dengan baik. oleh itu, mari kita berehat sebentar minum2 dulu.. sbb aku nak amik masa skit untuk meneruskan blogging.. sebab aku ni bukan blogger tegar atau bugar, aku hanyalah lelaki yang tak minum kopi..eheh..tapi kadang-kadang aku telan jugak sebab nak jaga hati tuan rumah yang hidang air kopi.


okay semua, niat aku memang  tak nak taip panjang-panjang..sebab aku agak malas hari nie.
 
Tata...!
 
p/s : saya suke duduk dalam negara yang aman....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...