"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday 30 December 2011

:: aku seorang yang.....!!!! ::



Setiap hari aku senyum dan ketawa bila gembira, kerana sifat aku yang lebih suka mendahulukan tawa dari bermanja tangis.. dari dulu aku lebih suka menjadi orang yang lebih ceria di wajah, jauh dari niat menunjukkan mimik yang serius. Tak terasa bila hari semakin melangkaui dan masa makin berlalu, ada sesetengah dari dalam diri yang berubah.. kadang2 tanpa disedari dan kadang2 aku yang mencari...

Melihat kembali keadaan yang lalu, hati aku mula terasa rindu.. susah untuk melupakannya kerana kita mudah mengingatinya. Kembali pada masa di mana semuanya masih belum berubah, baru melangkah tanpa perlu memikir dengan mendalam kerana ada yang akan membantu. Kembali di mana tempat asal diri aku mencorakkan kehidupan dalam keriangan, kelemahan dalam kesungguhan.

Teringin jugak kembali pada perasaan yang pernah aku rasa bila aku buka mata di waktu pagi, ada yang menanti dan menyayangi. Susah mahu membezakan antara suka dan duka masa itu kerana semua seolah-olah bukannya masalah... kerana ia adalah anugerah...




**nota kaki: kepala masih berat. hidung masih tersumbat. demam belum terubat...apapun SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA...



Tuesday 20 December 2011

:: wedding Mazlin & Norazmie ::





Seperti yang di janjikan ini adalah video Pra-Wedding Kak Lin & Abg Norazmie untuk tatapan kau. dan aku sangat-sangat puas hati dengan hasil kerja fotografer bro Epit dan Dak Teropong Production. apapun harap kau enjoy..!!!! thanx for watching...:)...

Pengantin                 : Norazmie dan Mazlin
Krew                         : DTP Production
Mekap/Dandanan      : Aku / Ady




Wedding Lin and Arab from DTProduction on Vimeo.

Friday 9 December 2011

:: have a nice time ::

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


There are moments in Life
When you miss one person so much
That you wish they were with you right now!
Dream of what you most enjoy
Go where you want to go
Be who you want to be
You have but one life
To achieve what you want to achieve
To find on your way
Enough  luck to remain happy
Enough challanges to become strong
Enough grief to remain human
Enough hope to be happy

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


The happiest people do not
Necessaryly have the best of all
They simply appreciate
What  they find on their way
Luck and joy awaits…
Those who cry…
Those who suffer…
Those who search…
those who commit themselves…
Those who love…
Because only these people know the value of
Things that leave lasting impressions of their lives
Forget what’s gone
Leave what’s behind you
Your failures and your pain
Love starts with a smile
And grows with a kiss
If you want to, do as I do: send this message
To somone who’s friendship you cherrish ...
To people who helped
Share and improve your life...
To those people who made you smile
When you needed it most…
To those who showed you the Positive
Where you only saw the Negative ...
To people who you want to know…
How much
Their
Friendship
Means to you
Or simply
say…
Thank you for giving me
a glimpse into a better world

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


Have a nice day!!!!!!


Tuesday 6 December 2011

:: Cinderella in the making....!!! :

Pre Wedding kak lyn & abg Mie; 4 Disember 2011; Ahad walaupun hujan. shooting Cinderella Story tetap diteruskan.6 cameraman terlibat. ini hasil kerja tangan aku yang terbaru. mekap kak lyn merupakan satu kepuasan bagi aku. tak sabar pulak nak tunggu hasilnya nanti...:D...TQ to Datin Wannabe Kak Lyn & D. Abg Mie...:)



Cinderella Story Part One


Cinderella Story Part Two - will be continue.....!!!


 
to be continued.....


:: before & after ::



Sebelum itu aku kecil, kemudian aku mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...




Setelah 32 tahun berkecimpung dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2 kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba untuk tunduk memperbetulkan diri...






Perkara yang menggembirakan memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan.. disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...





**nota kaki : People Will Forget What U Said, People Will Forget What U Did, But People Will Never Forget How U Made Them Feel...

Monday 5 December 2011

:: bersyukur...!!! ::



** nota kaki : takde entry..tapi cukup sekadar ini...!!! enjoy...

Friday 2 December 2011

:: jom bersangka baik...!!!! ::




Assalammualaikum dan selamat hari jumaat. ari nie aku nak citer sikit pasal bersangka baik. bukan senang kita nak selalu bersangka baik dengan sesama manusia nie. akupun kadang-kadang terlepas dari sikap sentiasa positif nie. semua nie berpunca dari masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari kepala otak kita nie.

Lebih tepat lagi, ia datang dari kepala otak yang separa sedar kerana semua emosi adalah dari akal fikiran separa sedar. kau tau tak?? minda kita nie mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita. betol tak???

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita. aku paham, bukan senang nak mengubah sesuatu yang memang dah jadi amalan diri kita. dan, kita perlu berusaha ke arah itu. kita adalah apa yang kita fikirkan...fikir negatif - negatiflaa natijahnya. fikir positif - positiflah natijahnya.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak. ini pendapat aku sahaja. kalau kau ada pandangan lain. ruang terbuka untuk memberi pendapat...!!!

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup kau. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.


**nota kaki: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN, MAKA TUHAN AKAN BERSANGKA BAIK DENGAN KAMU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...