"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday 30 December 2011

:: aku seorang yang.....!!!! ::



Setiap hari aku senyum dan ketawa bila gembira, kerana sifat aku yang lebih suka mendahulukan tawa dari bermanja tangis.. dari dulu aku lebih suka menjadi orang yang lebih ceria di wajah, jauh dari niat menunjukkan mimik yang serius. Tak terasa bila hari semakin melangkaui dan masa makin berlalu, ada sesetengah dari dalam diri yang berubah.. kadang2 tanpa disedari dan kadang2 aku yang mencari...

Melihat kembali keadaan yang lalu, hati aku mula terasa rindu.. susah untuk melupakannya kerana kita mudah mengingatinya. Kembali pada masa di mana semuanya masih belum berubah, baru melangkah tanpa perlu memikir dengan mendalam kerana ada yang akan membantu. Kembali di mana tempat asal diri aku mencorakkan kehidupan dalam keriangan, kelemahan dalam kesungguhan.

Teringin jugak kembali pada perasaan yang pernah aku rasa bila aku buka mata di waktu pagi, ada yang menanti dan menyayangi. Susah mahu membezakan antara suka dan duka masa itu kerana semua seolah-olah bukannya masalah... kerana ia adalah anugerah...




**nota kaki: kepala masih berat. hidung masih tersumbat. demam belum terubat...apapun SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA...



1 comment:

Anonymous said...

"Kembali di mana tempat asal diri aku mencorakkan kehidupan dalam keriangan, kelemahan dalam kesungguhan"

so sweet (^__^) happy new year 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...