"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday, 30 December 2011

:: aku seorang yang.....!!!! ::



Setiap hari aku senyum dan ketawa bila gembira, kerana sifat aku yang lebih suka mendahulukan tawa dari bermanja tangis.. dari dulu aku lebih suka menjadi orang yang lebih ceria di wajah, jauh dari niat menunjukkan mimik yang serius. Tak terasa bila hari semakin melangkaui dan masa makin berlalu, ada sesetengah dari dalam diri yang berubah.. kadang2 tanpa disedari dan kadang2 aku yang mencari...

Melihat kembali keadaan yang lalu, hati aku mula terasa rindu.. susah untuk melupakannya kerana kita mudah mengingatinya. Kembali pada masa di mana semuanya masih belum berubah, baru melangkah tanpa perlu memikir dengan mendalam kerana ada yang akan membantu. Kembali di mana tempat asal diri aku mencorakkan kehidupan dalam keriangan, kelemahan dalam kesungguhan.

Teringin jugak kembali pada perasaan yang pernah aku rasa bila aku buka mata di waktu pagi, ada yang menanti dan menyayangi. Susah mahu membezakan antara suka dan duka masa itu kerana semua seolah-olah bukannya masalah... kerana ia adalah anugerah...




**nota kaki: kepala masih berat. hidung masih tersumbat. demam belum terubat...apapun SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA...



Tuesday, 20 December 2011

:: wedding Mazlin & Norazmie ::





Seperti yang di janjikan ini adalah video Pra-Wedding Kak Lin & Abg Norazmie untuk tatapan kau. dan aku sangat-sangat puas hati dengan hasil kerja fotografer bro Epit dan Dak Teropong Production. apapun harap kau enjoy..!!!! thanx for watching...:)...

Pengantin                 : Norazmie dan Mazlin
Krew                         : DTP Production
Mekap/Dandanan      : Aku / Ady




Wedding Lin and Arab from DTProduction on Vimeo.

Friday, 9 December 2011

:: have a nice time ::

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


There are moments in Life
When you miss one person so much
That you wish they were with you right now!
Dream of what you most enjoy
Go where you want to go
Be who you want to be
You have but one life
To achieve what you want to achieve
To find on your way
Enough  luck to remain happy
Enough challanges to become strong
Enough grief to remain human
Enough hope to be happy

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


The happiest people do not
Necessaryly have the best of all
They simply appreciate
What  they find on their way
Luck and joy awaits…
Those who cry…
Those who suffer…
Those who search…
those who commit themselves…
Those who love…
Because only these people know the value of
Things that leave lasting impressions of their lives
Forget what’s gone
Leave what’s behind you
Your failures and your pain
Love starts with a smile
And grows with a kiss
If you want to, do as I do: send this message
To somone who’s friendship you cherrish ...
To people who helped
Share and improve your life...
To those people who made you smile
When you needed it most…
To those who showed you the Positive
Where you only saw the Negative ...
To people who you want to know…
How much
Their
Friendship
Means to you
Or simply
say…
Thank you for giving me
a glimpse into a better world

Tofan Oink Kurnia Efriansyah


Have a nice day!!!!!!


Tuesday, 6 December 2011

:: Cinderella in the making....!!! :

Pre Wedding kak lyn & abg Mie; 4 Disember 2011; Ahad walaupun hujan. shooting Cinderella Story tetap diteruskan.6 cameraman terlibat. ini hasil kerja tangan aku yang terbaru. mekap kak lyn merupakan satu kepuasan bagi aku. tak sabar pulak nak tunggu hasilnya nanti...:D...TQ to Datin Wannabe Kak Lyn & D. Abg Mie...:)



Cinderella Story Part One


Cinderella Story Part Two - will be continue.....!!!


 
to be continued.....


:: before & after ::



Sebelum itu aku kecil, kemudian aku mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...




Setelah 32 tahun berkecimpung dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2 kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba untuk tunduk memperbetulkan diri...






Perkara yang menggembirakan memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan.. disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...





**nota kaki : People Will Forget What U Said, People Will Forget What U Did, But People Will Never Forget How U Made Them Feel...

Monday, 5 December 2011

:: bersyukur...!!! ::



** nota kaki : takde entry..tapi cukup sekadar ini...!!! enjoy...

Friday, 2 December 2011

:: jom bersangka baik...!!!! ::




Assalammualaikum dan selamat hari jumaat. ari nie aku nak citer sikit pasal bersangka baik. bukan senang kita nak selalu bersangka baik dengan sesama manusia nie. akupun kadang-kadang terlepas dari sikap sentiasa positif nie. semua nie berpunca dari masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari kepala otak kita nie.

Lebih tepat lagi, ia datang dari kepala otak yang separa sedar kerana semua emosi adalah dari akal fikiran separa sedar. kau tau tak?? minda kita nie mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita. betol tak???

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita. aku paham, bukan senang nak mengubah sesuatu yang memang dah jadi amalan diri kita. dan, kita perlu berusaha ke arah itu. kita adalah apa yang kita fikirkan...fikir negatif - negatiflaa natijahnya. fikir positif - positiflah natijahnya.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak. ini pendapat aku sahaja. kalau kau ada pandangan lain. ruang terbuka untuk memberi pendapat...!!!

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup kau. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.


**nota kaki: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN, MAKA TUHAN AKAN BERSANGKA BAIK DENGAN KAMU.

Wednesday, 30 November 2011

:: mata kuyu - mood terganggu ::




Mata kuyu.. mana tak kuyu asyik tak cukup rehat. kerja dari pagi sampai malam. balik rumah just untuk tido dan mandi je. takde sosial life yang memberangsangkan. macam orang lain. tapi aku kena juga hadapi semua tue dengan care yang positif. ape yang aku nak buat? nak tau x? hmm, mesti kau cakap "buat ape nak tau".. tapi lebih baik korang amik tau dari jadi kepala tau. haha dari malam sampai sekarang aku memerah idea, memungut sampah yg bercelaru di dalam otak dan membakar jadi abu supaya apabila ada angin yang berlalu, bersih la sikit kepala ni untuk menerima input yang lebih berguna.. Sambil buat kerja sambil dengar lagu sambil memerah idea untuk blog kesayangan aku nie. menaip dalam jurnal maya aku. injtipatinye lebih kepada diri aku sendiri. macam aku bermonolog dengan blog sendiri.. sambil cuping telinga aku mendengar lagu-lagu yang berputar dari bilik kak Farah kat opis nie berulang2 kali sampai ke berapa ratus kali pun aku  tak pasti lagu apa dan aku terus menerus mendengar...

Episod hidup ni cepat betul berubah-berubah.. kadangkadang belum habis episod 3 dah masuk episod 5, cepat sangat sampai tak sempat aku nak berlakon dengan baik dalam setiap episod.. tapi aku hanyalah pelakon utama yang memainkan watak diri sendiri yang dipinjamkan.. jadi aku hanya menurut pada skrip kehidupan yang telah ditetapkan dari episod azali lagi.. walaupun memainkan watak diri sendiri tapi seringkali jugak terasa sukar untuk menghayati, kenapa? Mungkin kurang keyakinan, kurang pengalaman atau kurang pedoman.. sedangkan lamparan khazanah alam teratas telah lama tersurat, tapi tetap terlupa untuk mengambil sedikit ayat-ayatnya menjadi skrip-skrip tambahan dalam setiap lakonan dan pertuturan..
 
 



Yang mengetahui apa yang diciptanya, Yang mengenali apa yang dilihatnya.. Yang mengerti apa yang ditanya, Yang memberi setiap apa yang dijanjinya... Aku menanti dengan penuh kegembiraan, bukan menjahui dengan penuh kesusahan.. aku berjanji dengan penuh keinginan, aku bersungguh dengan penuh keinsafan... Bulan yang memberi seribu pengertian, keistimewaan, keajaiban, dan ketenangan... datanglah kepada aku sekiranya masa kisah ini masih belum berakhir...
 
**nota kaki : tatkala kehidupan menghimpit aku, hanya ada ikhtiar dan tawakal. senyum kelapangan sentiasa akan menyertai ketika aku berada pada jalur keimanan yg maksimum. begitu pula sebaliknya. apa yg harus aku miliki sbg bekal hidup dlm jiwa yg lapang??

Tuesday, 29 November 2011

:: balik kursus ::

23 November 2011 ari tue, aku ada attend kursus kat PD, mulanya memang aku malas sangat nak pergipun. tapi dengan niatnya sebab nak menghabiskan kursus 7 hari yang di wajibkan. jadinya, aku pergi jugakla. sebab bagi aku nak attend kursus nie macam buat benda yang sama je. ceramah dari pagi sampai petang. booooossssaaaannn!!! ikhlas sangatkan aku...

jadi, hari pertama aku berkursus nie, aku mula rasa tertarik. bukan sebab aku tertarik dengan coach tue. cume...initipati & pengisian kursus tue sendiri. menarik minat aku untuk terus tahu, tahu dan busy body nak tahu...

kursus nie pasal NLP. kau tau ke NLP tue ape?? akupun tak tahu apa tue sebenarnya NLP.
Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini. ok...maksudnye. bile kau belajar care NLP nie, kau akan tau macam mane nak mengawal sesuatu keadaan tue, dengan menghasilkan impak yang amat-amat positif dan terbaik.

jadi, akupun terfikir...macam mane NLP nie nak membantu aku???

......“ Ada caranya. Kau perlu tahu dahulu apakah itu NLP dan bagaimana NLP dapat bantu kita dengan izin Tuhan bagi mencapai apa yang kita hajati secara mudah dan senang. First sekali berkaitan Neuro. Neuro ini dapat kita fahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita.

Manakala , Linguistic (Bahasa) pula adalah bahasa yang kita gunakan bagi menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza.

Dan..... Programming pula adalah corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu perkara. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan dapat mengulanginya semula.

ok...aku ade praktikkan NLP semalam. aku gunekan cara VAK yang aku belajar mase kursus tue.

V = Visual = penglihatan
A = Auditory = mendengar
K = Kinestetik = sentuhan

kebetulan, semalam ada 1 kes uncle India nie, tak puas hati sebab dia tak dapat vaucer RM10. sebenarnya vaucer RM10 atas pembelian RM150 ke atas tue dah abis dah. sampai ahad ari tue je. die punyelaa bising macam nak runtuh Parkson tue. mase tue aku takde kat tempat kejadian. jadinye, Wan, staff customer service terus masuk ke cashier room. marah-marah. aku tanyelaa kenapa. die ceritalaa ade satu customer nie, tak paham-tak paham pasal vaucer tue. jadi, die mintak tolong aku terangkan kat customer tue.

akupun dengan yakin-yakin poyo. jumpelaa uncle tue. 1st aku tengok die, memang regular customer Parkson pun. jadi, aku dengar dulu luahan hati die. lepas tue, aku tengok care duduk die, care cakap die, care pandangan mata die, otak aku mule memproses ape yang perlu aku buat dengan uncle nie.

bermule dengan senyuman dan sedikit sentuhan di kepala lutut uncle tue, aku ucapkan terima kaseh kat uncle tue sebab datang ke Parkson. jadi aku explen kat uncle tue 1-1 mengikut resit yang ada tue. sebenarnye uncle tue yang salah paham. yang die beli tue barang best buy. akhirnye, uncle tue sendiri yang minta maaf. legaaaaa kepala hotak aku yang nak botak nie.!!!!  kesimpulannye, dengan sentuhan, penerangan yang lembut, berfikir secare positif pastinye membuahkan hasil yang lumayan...:D...

Ada hikmah di sebalik setiap masalah yang melanda sebenarnya, kalau kau  mengkaji dengan cukup mendalam dan mencari elemen-elemen positif di dalam masalah tu. Bila kau bermasalah ada lagi orang yang lebih bermasalah dari kau, cuma kau saja yang tak tahu.

Tapi, bila kau sudah bebas dari masalah, bersyukur dan panjatkan pujii-pujian kepada Yang Maha Esa kerana memberi Anda petunjuk (melalui idea, gerak hati dan cetusan ilham). Kita diberi masalah kerana Allah s.w.t. mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya.

Akhir kata untuk kau dari aku, emosi dan imaginasi boleh dipergunakan untuk apa saja tujuan. Ia bergantung pada kau, mind setting kau, attitude, skill dan pengetahuan kau.

Minda dan imaginasi adalah kurniaaan Yang Maha Esa dan mempunyai kuasa tak terhingga. Ia boleh digunakan sama ada untuk mencipta kecemerlangan atau untuk memusnahkan kecemerlangan sedia ada.

Masukkan apa yang kau mahu dalam imaginasi dan apa sematkan yang kau nak jadi dalam hati, bayangkan selalu dan kemudian bersedia kerana ia boleh berlaku bila-bila masa. Satu lagi, kau perlu konsisten melakukannya.


Lebih jelas kau imaginasikannya, lebih senang untuk LOA [emosi dan hukum ketertarikan] menarik apa yang kau mahukan. InsyaAllah...:)...

sama-sama berkongsi ilmu yang tak seberape nie...!!!

Friday, 18 November 2011

:: mariah carey naik basikal ::





Tarikh                      12 November 2011


Chief Cashier,
Parkson, Alamanda,
Putrajaya.



Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB PENJELASAN BERHUBUNG ADUAN PELANGGAN  KEHILANGAN BARANG YANG DIBELI PADA 30 JULAI 2011 (SABTU)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan tersebut berhubung perkara tersebut di atas.

2.            Berhubung aduan tersebut, saya dengan ini secara peribadi memohon maaf atas kesilapan dan kelalaian yang berlaku. Namun, ingin saya jelaskan disini kesalahan tersebut bukanlah dari saya sepenuhnya. Pada hari tersebut, memandangkan terlalu ramai pelanggan, saya dibantu oleh packer. Situasi yang begini selalunya akan berlaku kesilapan bila seorang packer tidak memberi sepenuh perhatian pada arahan juruwang (saya). Namun, bukanlah niat saya untuk menilai kesilapan orang lain.

3.            Walaubagaimanapun, saya telah menghubungi Puan Nurul Asyikin, di talian 019 ******** pada 15 November 2011 (Selasa), jam 1150 pagi bagi memohon maaf dan berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4.            Saya dan pengadu telah bersetuju, bahawa saya perlu mengganti item tersebut iaitu sehelai t-shirt VJ Jeans hitam bernilai RM28.45 bersaiz XL. Saya juga telah meminta alamat beliau untuk menghantar item tersebut.


5.            Saya dengan rendah hati meminta supaya surat tunjuk sebab ini diterima untuk makluman dan pertimbangan pihak tuan. Saya sedar bahawa segala keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak tuan.


Sekian, terima kasih.



( MD MAHATHIR BIN MD ISA )
Staff ID  : ******

nota kaki : title diatas tiada kena mengena dengan cerita / surat yang aku lampirkan. jadi, tak payahlah kau carik cerita mariah carey naik basikal. sebab memang takde cerita berkenaan dalam entry aku kali nie. puncenye...aku kehabisan idea untuk aku letak dalam entry aku. tapi aku memang bengang giler sebab bukan salah aku, tapi aku kena ganti baju tue. haisss...org tuepun bukan x boleh nak beli lain. beli jeklaa kat Parkson Kuantan. nak jugak aku ganti. bengong je...!!!! kan dah rugi duit minyak aku RM28.45. hmmmm takpelaaa sabar jeklaa kan...sentiase senyum ye!!!! :)...eh..lupe nak tanye...kau ade Bonuslink kad tak?? hahahahaha....




terima kaseh sebab layan blog aku...!!! [gambar diatas cuma perhiasan. aku lg kacak dari dia!!]



Thursday, 17 November 2011

:: mak ahmad sakit....::





aku paham situasi beliau [merujuk kepada insan yang bernama Ahmad]. sebab aku juge pernah mengalami situasi yang sama. bila orang yang kita sayang, terutamanya mak kita, yang melahirkan kita dengan kudrat yang ada, yang membela kita dari kecik sampailaa besar tiba-tiba jatuh sakit. aku paham apa yang beliau rasa. susah hati, jiwa tak tenteram. tapi orang yang punya ibu bapa yang sehat mesti takkan fikir & tak akan rasa ape yang beliau dan aku penah rasa.

aku penah jaga arwah mak aku yang menuntut untuk aku kerja separuh hari, habis cuti tahunan aku sampai aku kena tolak gaji, tapi orang-orang di sekliling aku tak cube untuk paham. alasannya aku cuba untuk lari dari kerja.

tapi aku bersyukur sebab sempat jaga mak aku selama 6 bulan. selama 6 bulan tue juge, banyak perkara yang aku sedar, betapa mak aku perlukan kasih sayang anak-anaknya di hujung-hujung nyawanya. mak pernah kata dengan aku :

"kalu mak takde nanti, biarlah mak pegi sorang-sorang"...aku cume mampu diam dan pandangan aku kosong memandang wajah mak yang cengkong. memang...memang mak meningal sorang-sorang di atas katil hospital Putrajaya. takda sapa-sapa disisi mak masa tue. tapi...hummm takpelaa...aku biarkan semua tue tinggal kenangan. kenangan yang mungkin pahit bagi aku, untuk aku telan. aku kalau boleh taknak ingat hal-hal yang sedih pasal kenangan lepas. tapi kadang-kadang aku kena jugak toleh kebelakang. melihat dan belajar tentang sesuatu untuk di bawa ke hadapan.....:)!!!!


terima kasih mak & sayang mak...

nota kaki: semoga mak ahmad kembali sehat...!!!

Wednesday, 16 November 2011

:: perempuan dan kethi-bebu...??? ::






isu ari nie aku nak cerita pasal perempuan dan kethi-bebu. kau tau ke ape maksud kethi-bebu nie?? kethi-bebu nie dalam kamus dewan jilid 123 halaman 46 bermaksud - KETIAK BERBULU. kau mesti jijikkan dengan isu kali nie. tapi bukanlah aku nak mengaibkan sesape. cuma aku nak kongsi sikit pengalaman aku dengan orang-orang yang sebegini. kalau lelaki tue aku tak kisah sangat kalau ada kethi bebu nie. akupun ada juga kethi-bebu, tapi selalu je aku trim dan jaga kebersihan katanya...!!! ada unsur-unsur poyo disitu.

cerita aku nie, dah agak lame jugakla. dah agak basi jugakla. tapi aku tak kisah aku nak citer jugak kat kau. citernye macam nie, masa aku baru habis kuliah weekend lepas, aku dan beberapa kawan aku adalaaa lepak kat Pak Li Shah Alam sekejap. kononnya nak buat percambahan fikiran bersama ahli kumpulan. tapi bukanlah percambahan fikiran sangatpun, banyak agenda-agenda yang diluar senarai selalunye kami bincangkan.

tengah masing-masing sebok berdebat, aku pulak sebok dengan menyucikan bijik mata aku yang rabun dengan keadaan sekeliling. maka, adalah 1 grup gadis-gadis remaja yang aku rasa mungkin student ataupun anak-anak muda yang duduk di sekitar kawasan tue. tengah aku dok peratikan keletah mereka. aku tertarik dengan sorang nie, kulit puteh, gebu, agak cantik jugaklah pada pandangan mata aku nie.

dan, atas kuasa Allah jua - angin kuat datang, budak perempuan yang berambut panjang tue, nak membetolkan rambutnya yang ikal tue. time dia nak angkat tangan tue, tetibe aku yang tengah makan nie, tersedak separuh mati, salah satu sebabnya nasi yang aku makan tue termasuk dalam hidung. pedih kot. kau mesti penah rasekan mcm mane rasenye...dengan air mate berair. kawan-kawan aku tanye "kenapa??"..aku cume mampu diam je. kau bayangkanlah...time kau mengunyah tetiba ade orang yang duduk depan kau angkat tangan dengan HUTAN RIMBA  yang agak lebat ye...jijikkan!!! hellooooo.....kau perempuan!!!. apa dah jadik niee..???

agak-agaklaaa jugakkan!!! sebagai seorang perempuan, jaga lah apa patut di jaga. Kalau taknak jaga, nak bela jugak kethi-bebu tu, pakailah lengan panjang. Bayangkan kalau tengah makan kat kedai, tiba-tiba kau angkat tangan. Muntah darah semua lelaki kat kedai tu kan? Tolong lah beli veet or Gillete ke hape.Okeyh?  Ada ke lelaki suka perempuan celah tangan berhutan rimba?? kalau ada tue aku tak pastilaa sangatkan...!!!

oklah mungkin die takot nak cukur bulu ketiak, sebab ada info yang mengatekan kalau cukur bulu ketiak akan menyebabkan kanser payudara. sebab luka-luka yang ada kat ketiak tue nanti akan menyebarkan kuman ke dalam kulit. ok...kalau kau cukur macam kau tebas rumput memanglaa luka, cube elok-elok kau cukur. lagi satu, kau bole je guna wax. sekarang nie kat watsonpun dh ada wax untuk buang bulu. tiada alasan ye kau taknak buang kau punye bebu tue.

nota kaki : sorry...!!! aku takde kethi-bebu....hahahaha!!!!!

:: ustaz Don ::

kau kenal dengan ustaz Don?? akupun tak kenal sangat ustaz nie. tapi semalam, ntah macam mana jejari runcing aku nie tertekan channel al-hijrah. pelikkan!!! orang macam aku nie selalunye suka sangat layan HBO, CINEMAX, STAR MOVIES, AMERICA'S NEXT TOP MODEL etc...mende-mende yang lagho nie memang aku suke. walaupun penahlaaa jadi ustazah pilihan dulu...eh..silap...ustaz pilihan hahahaha...

Tapi ustaz ni memang humor. semalampun bila beliau tersasul time nak citer pasal air Musta'mal cepat-cepat bilau cover balik. buat aku tersenyum sorang-sorang. kacakpun ye juge hahahaha. ntah macam mane aku boleh terpaku depan tv selama 30 minit. antara yang paling lama aku rase. Tapi lawak dia bersahaja dan ada trademark tersendiri.

yang aku dapat komen pasal ustaz Don nie, beliau mungkin jenis humble. kebanyakan ustaz yang aku jumpa, sopan santun.. cakap lemah lembut.. sampai mata aku ni pun nak lemah lembut je terkatup. Tapi bila ada ustaz Don yang muda ni agak-agak telah memberi nafas barulah dalam ceramah-ceramah di Malaysia ni.

apapun good joblaa ustaz Don...suke awak...ahaks...!!!


Ustaz Don

Tuesday, 15 November 2011

:: i love to cook ::

aku memang suka memasak. tapi aku masakpun ikot mood. kalau aku rajin aku akan masak. kalau aku malas, aku tetap akan masak. sebab aku lapar dan aku nak makan. aku jarang makan kat luar. kalau ada masa aku makanlaa kat luar. hummm kau paham tak apa yang aku taip nie?? lantaklaa..kau paham ke tak...pedulik ape aku kan hahahaha...senget!!!

pagi tadi aku sempat masak nasi goreng cili api, campur daging dan juga kurma. best ke campur kurma?? memanglaa kau akan rasa lain sikit. sebab campur dengan kurma. lagipun mana penah orang buat nasi goreng campur dengan kurma. kan??? lagipun aku tengok, stok kurma aku masih ada. jadinya, aku taknaklaaa kurma tue membusut [betol ke ayat aku nie???] dalam peti ais aku lelama. jadinya, akupun mempergunakan kurma tersebut untuk nasi goreng aku...

pukul 5:30 pagi aku dah mencanak kat dapur, duduk sorang-sorang, bujang pulak tue, macam nie laaa..semua buat sendiri. takpelaaa janji bahagiakan..!!! nasi aku dah masak semalam, bahan-bahan lainpun aku dah siapkan malam tadi, daging aku dah rebus siap-siap. kurma aku dah racik halus-halus malam tadi jugak. jadinya, pagi nie aku cuma campak-campak je bahan tue dalam kuali. senangkan..!!!

maaflaa..aku tak dapat nak upload gambar nasi goreng yang aku masak. sebab aku tak sempat nak snap, nasi goreng dah abis aku telan hahaha. tapi kalu rasa tekak aku, memang sedaplaa...tapi kalau orang lain yang dah merase, akan bagi komen yang nasi goreng aku agak manis tapi ada rasa pedas. hmmm manis mungkin sebab manis kurma tue kot.

sekarang niepun, aku tengok makin banyak show pertandingan masakan. tapi yang paling aku suka sekarang nie yang E&O Search for AFC's Next Celebrity Chef. baru je episode 1 kalau tak silap aku semalam. sebab semalam aku ponteng kerja partime, jadinya, masa aku banyak tengok tv je. terlayan pulak channel AFC nie. macam best je. nasib baik baru episode 1.

yang aku tau - Next Celebrity Chef E&O Search for AFC bermula dengan siri-siri dengan satu pencarian bakat masakan daripada kawasan sekitar Asia. Sepasukan hakim-hakim selebriti berada dalam mencari individu berbakat yang layak mendapat gelaran, Next Celebrity Chef AFC. Chef Profesional nie pergi ke Hong Kong, Indonesia, Manila dan Malaysia, untuk mencari bakat-bakat baru yang menaruh harapan untuk dapat title tue yang datang dari di seluruh Asia bersaing untuk satu gelaran - Next Celebrity Chef AFC. kalau aku tau awallaaa mende nie, komfem akupun joint jugak dan sah-sah aku laa yang paling awal kena singkir hahahaha...


 


:: SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA ::



http://nesboolatnote.blogspot.com/


ok...morning guys...!!! joint segmen lagi:)...kali nie join segmen awek plak..nama dia NES. oklaa..sebab akupun takde follower sangat. so akupun gedik-gediklaa join. mana tau rezeki bertambah follower plak lepas nie...:)

awek NES nie mintak aku meninggalkan dua perkara pasal blog beliau...so...check it out..::

yang tak suka:
bising sikit kot, sebab ada lagu hehehe..tapi bergantung sebenarnya. ada kawan-kawab blog yang suka dengar lagu, ada juga yang tak..apapun in positif way...sangat memberangsangkan. cuma lagu tue..bukan jiwa aku laa..hehehe...sory cik NES!!!..and...tak suka sebab follower beliau lagi ramai dari aku hahahaha...giler dengkikan..!!!

yang suka:
tak berat. suka kaler pink. kena sikit dengan jiwa aku. and...sila promote blog aku plak ye cik NES hehehe...

mehlaaa..join reramai blog beliau...:) klik kat link kt caption atas...STK!!!

Monday, 14 November 2011

:: jiwa kacau ::




Sebagai penghubung jiwa kasih dan rasa, sebagai penghadang duka resah dan bisa... sebagai pembela juang panji dan kuasa, sebagai penentu jalan ketetapan qada dan qadar... lantas keinginan menjadi satu kebiasaan, lantas terbukti menjadi suatu keheningan, di saat turunnya langit yang memancar tulus seruan, tiada di rasa seperti tidak berawan...

Subur di mata tidak bermakna subur di jiwa, rakus di jaja tidak bermakna lusuh di jendela, sesat merangkak tidak mungkin jalannya berbeda, apa dikata tetap tempatnya bertakhta... masih sempatkah mencari hilang sentuhan halusnya, masih mengalirkah jika dilepaskan permata di hujungnya, masih diterimakah andai tangan berkata, masih tergerakkah nadi mendetik niat diatasnya...

Bila ada yang datang dengan lain caranya, bila hati menjadi kelu cuba meredahnya, namun tetap menyakini terbangnya bersama, bagaimana kan dicari ganti seumpamanya... kata-kata yang tidak pernah hilang walau seketika, mengharungi riuk pikuk kedengusan kealpaan diantaranya, menusuk menimpa mati kekeringan, dan bangkit menerima cerita suatu pencerahan...

Kadang-kadang aku tidak perlu berfikir untuk menulis, ilham yang datang sepantas jari yang menaip butir-butir huruf kiri dan kanan... fikiran yang panjang akan mati di hujung akal, namun, apabila sampai masanya kita tersedar, hanya satu yang tidak akan habis berpenghujung...






:: 2 + 1 [belasungkawa + senget 2 belah] ::

CERITA 1::





sabtu, Alamanda, jam 2:06 pm. aku dapat call dari dikyah [anak buah aku yang paling aku sayang dan rapat]. dikyah sampaikan berita yang Abah Musa dah meninggal. meninggal sebab sakit tua, meninggal pada hari jumaat, hari yang sangat-sangat elok. aku tak sempat nak tanya lebih-lebih, sebab handphone aku nie jenis bangang sikit. cepat abis bateri kalau on call. humm..Allahyarham abah musa dah kembali ke Rahmatullah!!!

arwah yang aku kenali, seorang yang pendiam, suka menyendiri. mesti kau pun tertanya-tanya, siapa abah musa??? abah musa, adalah suami ke-3 arwah mak aku - Hajah Rohayah bt. Shamsuri. aku sempat kenal arwah masa aku masih keci lagi. masa tue aku di bawa ke felda cahaya baru, masai johor untuk kenal-kenal dengan saudara belah arwah mak aku. kat situ, aku dikenalkan dengan arwah abah musa oleh akak tiri aku - kak noriah a.k.a kak inor [anak mak aku dengan arwah abah musa]. dari situlah aku tau yang arwah mak aku pernah berkahwin sebelum nie. apa yang aku perasan, arwah mungkin masih menyintai, menyayangi arwah mak aku sebab ada satu bilik tue, ade terukir satu lukisan kat dinding yang mirip muka arwah mak aku. hummm macam cerita hindustan kan??? tapi itulah hakikatnya, kenyataannya. tapi aku tak pasti kalau sekarang nie masih ada lagi ke tak lukisan dinding tue. sebab dah terlalu lama aku tak balik ke felda cahaya baru. ke rumah arwah abah musa. dan arwah abah musa menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan tidak berkahwin lain. setianya cinta arwah pada arwah mak aku. apa yang aku mampu, mendoakan kesejahteraan arwah di alam lain. semoga arwah tenang, dilapangkan liangnya. di ringankan siksanya.

A-Fatihah!!!!!....


CERITA 2 :

Ahad, rumah - dapur, jam 11:05pm. aku kelaparan, aku kepenatan. baru balik dari kerja partime. macam biasa, aku tetap sorang-sorang kat rumah aku menarik nafas!!!!. aku mandi. selesai semuanya, aku ke dapur semula. membuka peti ais, mengambil kaya roti. sempat memasak air. aku kalau kat rumah sorang-sorang memang suka tak bukak lampu. tapi dapur aku tue, terang sebab berhadapan dengan koridor. biasalaaa, rumah sekarang nie dapur kat depan. bukan macam rumah kampung. dapur kat belakang!!!



comelkan aku time lapooo...!!!!


siap buat air nescafe!! aku terus menyapu kaya roti. 4 keping roti aku sediakan. aku memang rasa lapar giler. yelaaa..petang tue aku tak mengisi usus aku nie dengan sebarang makanan. cuma menjamah kueh karipap abg gemok je kat kantin tempat aku kerja partime tue. sambil-sambil tue aku mengangkat kain kt ampaian, sementara menunggu air nescafe aku sejok sikit.

aku berdiri menghadap tingkap dapor aku yang terang. menghirup air nescafe suam - Alhamdulillah. lega!!!. dengan lafaz Bismillah aku menjamah roti. tetibe.....!!!!


JENG JENG JENG JENG.....!!!!!

perghhhhh awat masam....!!!! aku bukak lampu. klik!!!! haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!! rupa-rupanya kaya roti yang aku sangka jem tue adalah..............pes asam jawa XTRA cap ADABI uolssss!!!! banganglaaa kau mahathir hahahahahaha....dah aku rugi 4 keping roti tau. kasi putus mood lapar aku je laaaa...haissss....tuelaaa moral of the story - SILA BUKAK LAMPU DAN JANGAN PERASAN NAK DAPAT BIL ELEKTRIK MURAH HUJUNG BULAN YE MAHATHIR hahahaha...



inilah mende yang aku sangka jem roti rupa-rupanya pes asam jawa Xtra..!!!!


cube kau tengok!!! tak ke serupa bentuk pakejnye tue...haissss...!!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...