"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday, 2 December 2011

:: jom bersangka baik...!!!! ::




Assalammualaikum dan selamat hari jumaat. ari nie aku nak citer sikit pasal bersangka baik. bukan senang kita nak selalu bersangka baik dengan sesama manusia nie. akupun kadang-kadang terlepas dari sikap sentiasa positif nie. semua nie berpunca dari masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari kepala otak kita nie.

Lebih tepat lagi, ia datang dari kepala otak yang separa sedar kerana semua emosi adalah dari akal fikiran separa sedar. kau tau tak?? minda kita nie mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita. betol tak???

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita. aku paham, bukan senang nak mengubah sesuatu yang memang dah jadi amalan diri kita. dan, kita perlu berusaha ke arah itu. kita adalah apa yang kita fikirkan...fikir negatif - negatiflaa natijahnya. fikir positif - positiflah natijahnya.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak. ini pendapat aku sahaja. kalau kau ada pandangan lain. ruang terbuka untuk memberi pendapat...!!!

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup kau. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.


**nota kaki: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN, MAKA TUHAN AKAN BERSANGKA BAIK DENGAN KAMU.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...