"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday, 18 November 2011

:: mariah carey naik basikal ::





Tarikh                      12 November 2011


Chief Cashier,
Parkson, Alamanda,
Putrajaya.



Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB PENJELASAN BERHUBUNG ADUAN PELANGGAN  KEHILANGAN BARANG YANG DIBELI PADA 30 JULAI 2011 (SABTU)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan tersebut berhubung perkara tersebut di atas.

2.            Berhubung aduan tersebut, saya dengan ini secara peribadi memohon maaf atas kesilapan dan kelalaian yang berlaku. Namun, ingin saya jelaskan disini kesalahan tersebut bukanlah dari saya sepenuhnya. Pada hari tersebut, memandangkan terlalu ramai pelanggan, saya dibantu oleh packer. Situasi yang begini selalunya akan berlaku kesilapan bila seorang packer tidak memberi sepenuh perhatian pada arahan juruwang (saya). Namun, bukanlah niat saya untuk menilai kesilapan orang lain.

3.            Walaubagaimanapun, saya telah menghubungi Puan Nurul Asyikin, di talian 019 ******** pada 15 November 2011 (Selasa), jam 1150 pagi bagi memohon maaf dan berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4.            Saya dan pengadu telah bersetuju, bahawa saya perlu mengganti item tersebut iaitu sehelai t-shirt VJ Jeans hitam bernilai RM28.45 bersaiz XL. Saya juga telah meminta alamat beliau untuk menghantar item tersebut.


5.            Saya dengan rendah hati meminta supaya surat tunjuk sebab ini diterima untuk makluman dan pertimbangan pihak tuan. Saya sedar bahawa segala keputusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak tuan.


Sekian, terima kasih.



( MD MAHATHIR BIN MD ISA )
Staff ID  : ******

nota kaki : title diatas tiada kena mengena dengan cerita / surat yang aku lampirkan. jadi, tak payahlah kau carik cerita mariah carey naik basikal. sebab memang takde cerita berkenaan dalam entry aku kali nie. puncenye...aku kehabisan idea untuk aku letak dalam entry aku. tapi aku memang bengang giler sebab bukan salah aku, tapi aku kena ganti baju tue. haisss...org tuepun bukan x boleh nak beli lain. beli jeklaa kat Parkson Kuantan. nak jugak aku ganti. bengong je...!!!! kan dah rugi duit minyak aku RM28.45. hmmmm takpelaaa sabar jeklaa kan...sentiase senyum ye!!!! :)...eh..lupe nak tanye...kau ade Bonuslink kad tak?? hahahahaha....




terima kaseh sebab layan blog aku...!!! [gambar diatas cuma perhiasan. aku lg kacak dari dia!!]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...