Sebelum itu aku kecil, kemudian aku mengenali langkah dan haluan.. sebelum itu aku menangis, kemudian aku mendapat belaian dan dimanjakan.. sebelum itu membuka mata seperti mencari, kemudian aku menjumpai tempat asalnya.. dan sebelum itu aku banyak bertanya, kemudian aku mendapat jawapannya...
Setelah 32 tahun berkecimpung dalam kehidupan sebagai manusia biasa, pengalaman banyak mengajar aku menjadi baik, buruk, kuat, lemah.. juga menjadi jahat, menjadi lebih dalam sesuatu dan juga menjadi kurang dalam sesuatu. Semua adalah sifat semulajadi manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Walaupun kadang2 kita sendiri terfikir dan berangan kita adalah istimewa, mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang lain, dan terasa seperti diri mempunyai kuasa luar biasa yang belum diterokai.. benar, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama, tetapi aku cuba lebih bersyukur dengan kekurangan yang ada pada diri.. dan kelebihan itu jika ada aku cuba untuk tunduk memperbetulkan diri...
Perkara yang menggembirakan memberi aku semangat untuk terus menangis dan tersenyum... disebalik kesusahan, ada kelapangan.. disebalik keraguan, ada petunjuk haluan.. disebalik kewajipan, ada keberkatan... Niat yang baik adalah tunjang kepada perlakuan diri.. Marilah perbetulkan niat kita dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Jika ini adalah jalanku, permudahkanlah...
**nota kaki : People Will Forget What U Said, People Will Forget What U Did, But People Will Never Forget How U Made Them Feel...
No comments:
Post a Comment