"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Thursday, 14 July 2011

:: SEGMEN SINGLE VS COUPLE | Ashraf Jalil ::


Join sini    www.ashrafjalil.com

First time kot aku join segmen macam nie dalam blog aku. Aku nie buken jenis yang pandai sangat nak karang ayat berjela-jela. Segmen nie aku amik dari blog encik Ashraf Jalil. Cukuplaaa aku kata aku sukakan suasana SINGLE itu sendiri. Tapi kadang – kadang bila SINGLE nie sakit meroyan aku selalu je datang. Maksud aku – kesunyianlaa. Kadang – kadang rasa jeles jugak bila tengok orang lain sebok dengan couple masing – masing. Tapi aku?? Hmmm takpelaa...yang penting aku semestinya happy. Sebab :

1. aku rasa BEBAS sebab takdelaa sangat nak fikir hati dan perasaan orang lain. Sedangkan hati dan perasaan aku takda  sape yang nak jaga. PENAT!! Takdalaaa sesi kongkongan yang amat – amat menyesakkan otak dan perasaan aku.

2. HATI AKU TAK SAKIT sebab asyik nak menjawab soalan-soalan sengal yang memenatkan otak aku nak mencari jawapan yang betol-betol boleh diterima oleh si fulan.

3. JIMAT duit aku sebab takdalaa asyik aku je yang nak kena keluarkan bajet bila berdating hahaha..kedekot tak aku?? Aku ne pun bukan jenis yang ada duit berkepok-kepok dalam wallet.

4. Aku ne pun jenis yang pendiam. Tak reti nak bercakap berkobar-kobar. Jadi lebih baik aku single hahahaha...ade kena mengena tak?? Bolehlaaa kan,...ada jugak kaitannyaa...

Jadinya, aku selalu terfikir bahawa :

Patut ke CINTA itu dicari? Kalau macam tue, kat mana kita nak mencarinya? Patut ke dibiarkan saja CINTA itu datang dengan sendiri? Kalau macam tue, pasti ke kita memang ia akan hadir menghampiri?. Segala rasa CINTA bagi aku ada di dalam diri. Kecuali, bagi jiwanya dah MATI..........

Maka, pada pandangan aku yang tak tak tahu apa-apa tentang CINTA nie, ada antara kita ini, yang sentiasa mengharap kasih sayang Maha Pengasih lagi Penyayang, yang sentiasa meminjam daripada Maha Pemurah. Makanya, kita dalam mencari sesuatu di antara waktu, harus sentiasa bersyukur kepada Maha Pencipta. Semoga kasih sayang-Nya membuat kita sekalian hamba ini lebih sedar diri.


:: ELAK PERASAAN NEGATIF ::



EMOSI kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita. Ini kata salah seorang pakar pensyarah psikologi aku ketika membincangkan isu ‘pemilihan’ emosi yang boleh mempengaruhi perjalanan hidup seharian seseorang.

Kalau kita memilih untuk gembira, hari yang dilalui terasa ceria walaupun rutin. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan tenang. Ada sikit lebih kurang macam aku..hikhikhik

Malah, ada orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan hati sesiapa yang memandang.

Walaupun ada kajian menunjukkan kebolehan untuk gembira banyak disumbangkan oleh faktor genetik, ramai orang bijak pandai percaya perasaan positif, khususnya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal serta membendung perasaan negatif seperti pesimis, geram dan marah.

Apabila perasaan negatif dapat dikawal, baru perasaan positif seperti empati (kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan atau keadaan orang lain), ketenangan dan kesyukuran boleh dipupuk dan dirangsang.

Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.

Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan fikiran. Ada kajian menunjukkan individu yang gembira hidup sembilan tahun lebih lama berbanding golongan yang kerap tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia dan gembira, kita kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang bergolek depan mata.

Antara strategi yang boleh dilakukan untuk gembira ialah:

1. Pilih untuk gembira — Pilihan ini ada di tangan setiap orang dan jadikan ia sebagai sasaran setiap hari. Bagaimanapun, perasaan gembira bukan datang begitu saja kerana sumbernya perlu dicari dan dipelajari.

Antaranya ialah belajar kemahiran mengurus diri, kebolehan berinteraksi dengan baik dan perkara yang boleh meningkatkan prestasi kerja. Pilih untuk ada di persekitaran atau berkawan dengan orang yang bersikap positif serta mampu membuat anda gembira.

Menurut pensyarah psikologi Universiti Virginia, Profesor Jon Haidt, untuk tenang, seseorang boleh memilih sama ada mahu menjadi pemaaf atau seorang yang selalu bersyukur dan berterima kasih.

2. Pupuk perasaan syukur — Kesyukuran ini perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata. Lumrah manusia sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang ada pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut.

Memang tidak salah jika ia dijadikan penguat semangat untuk berusaha, tetapi jika ia menjadi punca kesedihan, langkah terbaik ialah menyenaraikan kelebihan dimiliki seperti kasih sayang keluarga, suami, anak, makanan, tempat tinggal mahupun persekitaran.

3. Amalkan sifat pemaaf — Penyelidik berpendapat berfikiran negatif, memendam kemarahan dan sentiasa memikirkan keburukan orang lain memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan orang lain pada kita. Ini mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit yang boleh merangsang perasaan marah.

Sebaliknya, kaji pendapat orang lain yang mungkin ada benarnya; walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan. Kenang semula perasaan korang apabila mendapat kemaafan daripada orang lain dan kebaikan yang lahir daripadanya. Apabila sudah memaafkan, berusaha melupakan kenangan kurang manis dan elak mengungkitnya semula.

4. Lawan pemikiran negatif — Pemikiran negatif umpama sampah dalam otak. Kita perlu belajar mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal dan dibuang. Contohnya, apabila nampak seseorang yang dikenali, anda mungkin terfikir perkara negatif mengenainya, tetapi ini adalah pemikiran yang boleh merosakkan persahabatan.

Yang perlu dilakukan ialah menepis pemikiran negatif tadi dan cari sifat positif yang dimiliki rakan berkenaan. Tidak kira berapa benci atau meluat pun kita pada seseorang, pastinya dia sebagai manusia ciptaan Tuhan (yang sama seperti kita) mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.

5. Tambah sahabat — Antara penawar kesedihan ialah mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Kajian mendapati, warga emas berusia 70 tahun ke atas yang ada ramai sahabat hidup lebih lama dan gembira.

Sesetengah pakar psikologi percaya senario kehidupan sekarang yang bersifat individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan yang berlaku di seluruh dunia. Ketiadaan kawan untuk meluahkan masalah menyebabkan ramai buntu fikiran hingga sanggup melakukan pelbagai tindakan nekad, termasuk membunuh diri.

6. Kegembiraan ada di keliling kita dan biasanya ia datang dalam bentuk kecil — Contoh paling mudah ialah menghadiahkan senyuman kepada orang lain, termasuk yang tidak dikenali, tanpa mengharapkan balasan. Pergerakan yang menggunakan beberapa otot di muka ini ada ‘khasiat’ kerana ia secara automatik membuatkan korang senang hati.

7. Sentiasa berbuat baik — Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang diberi, ia boleh membuatkan si penerima dan pemberi bantuan gembira.

8. Jika tekanan boleh merangsang penyakit, penyelidik percaya kegembiraan memiliki ‘kuasa’ yang boleh melindungi kita daripada masalah kesihatan. Orang yang gembira berasa lebih yakin dengan keupayaan diri dan ia diakui menjadi ‘vitamin’ kepada sistem imun badan yang boleh mempercepatkan kadar penyembuhan.

Ini sebabnya di kebanyakan hospital, terutama di luar negara, ada kumpulan sokongan bagi pelbagai masalah kesihatan. Kumpulan sokongan ini membabitkan pesakit, bekas pesakit, ahli keluarga, rakan dan kakitangan perubatan yang berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit dihidapi.

Ia penting supaya pesakit kuat semangat dan percaya mereka boleh sembuh. Semangat dan kepercayaan ini sebenarnya ada pengaruh besar kepada pesakit kerana ia membuatkan badan memberi tindak balas lebih baik terhadap ubat.

9. Sertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan — Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat korang, tetapi lebih baik jika ia turut memberi manfaat kepada orang lain dan persekitaran. Contohnya menyertai badan kebajikan, menjadi sukarelawan sama ada untuk membantu mangsa bencana mahupun memulihara alam sekitar.

Melalui cara ini kita bukan saja menambah kenalan, tetapi turut belajar banyak perkara baru. Tanpa korang sedari, proses belajar perkara baru dan bagaimana berdepan halangan boleh membantu minda menjadi lebih cerdas.

Malah, banyak kajian menunjukkan aktiviti yang mencabar minda ini boleh melindungi kita daripada pelbagai penyakit kemerosotan ingatan seperti dementia dan Alzheimer.

10. Wang bukan segala-galanya — Memang betul wang boleh merangsang kegembiraan, tetapi bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang. Walaupun kajian menunjukkan penduduk di negara kaya lebih gembira berbanding penduduk negara miskin, tetapi apabila sudah memiliki rumah, makanan, pakaian dan segala keperluan lain, mempunyai banyak wang tidak membuatkan seseorang jadi lebih gembira, kata penyelidik Universiti Princeton, Profesor Daniel Kahneman [info dari pensyarah aku -  akupun tak kenal siapa lelaki yang dimaksudkan hahaha!!!!].

11. Jangan lokek dengan pujian — Masyarakat kita memang lokek memberi pujian, terutama pada anak dan ahli keluarga, sedangkan ia boleh merangsang banyak perkara baik, kata Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh.

Pujian ke atas perkara kecil, terutama keupayaan orang lain — contohnya apabila anak mengemas alat permainannya — bukan saja boleh memberi kesan positif kepada individu yang dipuji, tetapi turut membuatkan korang berasa senang hati. Bagaimanapun, pujian biar ikhlas dan kena pada tempatnya.

Pekerja berasa lebih gembira dan bersemangat apabila mendapat pujian daripada ketua atau majikan. Pujian seringkas ‘bagus atau baik’ sudah memadai. Ia tanda penghargaan yang boleh merangsang semangat pekerja untuk berusaha lebih baik dan bersungguh-sungguh.

12. Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka — Ia membolehkan kita berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan lebih baik. Ketenangan ini bagaimanapun perlu dipelajari dan diamal. Memang ia tidak mudah, tetapi tiada yang mustahil sebelum dicuba.

13. Dekatkan diri dengan agama. Tidak kira apa juga fahaman yang anda anuti, kepercayaan terhadap Tuhan memang diakui meningkatkan keyakinan dan ketenangan fikiran seseorang.

Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Muhamad Husaain Habil, pernah berkata antara ubat paling mujarab untuk menghilangkan tekanan fikiran ialah sembahyang dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Jadi apabila setiap kali berasa susah hati atau sedih, ingat bahawa kita ada Allah yang sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hamba-Nya.

14. Bersenam — Senaman bukan saja baik untuk badan, tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan bagi jangka pendek dan panjang. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang. Kajian membuktikan senaman mampu mengurangkan kemurungan pada semua peringkat umur dan kesannya lebih baik jika individu bermasalah turut mendapatkan rawatan perubatan.

Bahkan, ada penyelidik mendapati senaman boleh menjadi sebahagian ‘rawatan’ penting untuk pelbagai jenis masalah seperti keresahan, rasa rendah diri, isu berat badan dan ketagihan. Ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.

:: Mesti Bace...!! ::





Assalamualaikum,

1. Ganjaran khidmat kpd ibubapa
2. Do you still remember us?

…semoga memberi manfa’at.


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t.menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...