Jam di handphone dah menunjukkan jam 2 pagi. aku dengan kamil [bukan nama sebenar] masih berada dalam kawasan Tasik Permaisuri. Dalam hati aku terdetik, mamat nie taknak balik rumah ke??. Esokkan nak keje. Tapi dalam perasaan aku yang memberontak tue, aku masih lagi mengikut jejak-jejak langkah dia dalam kawasan tasek berkenaan.
mata aku masih meliar, mencari sesuatu yang tak pasti. terfikir jugak, apa yang aku buat kat sini, dalam waktu yang macam nie. kalau sekarang nie aku dah di ulit mimpi di kejar hantu kat umah. Tapi malam tadi, ntah apa kerja giler aku dengan Kamil buat kat area tasek tue. apa yang aku dapat lihat, beberapa kumpulan lelaki sedang sebok melayan tali pancing. terdetik di hati aku. ada ikan ke dalam tasek nie. ikan atau "ikan"?? hmmmm jawapan yang akupun susah nak bagitau korang kt sini.
sebenarnya itulah malam pertama aku melihat situasi tasek berkenaan. sedangkan sebelum ini, aku cuma manatap di dada-dada akhbar dan menadah telinga dengan cerita - cerita kawan-kawan aku. tak lama lepas tue, ada beberapa kereta masuk ke kawasan parking tasek berdekatan sebelah dengan stadium bola sepak agaknya. hummm derang ne tak tido malam ke?? cakap orang sedangkan akupun sama jugak...hikhikhik...
sedang aku ralat memerhati keadaan sekeliling, tetiba aku di kejutkan dengan teguran dua orang remaja bawah umur...
remaja A : hye abang..hmm buat apa kat sini??
[remaja B sedang asyik menghisap rokok sambil memandang aku]
aku : saja lepak..teman kawan
remaja A : sape nama abang?? saya daniel
aku : hmmm aie...[sambil tersenyum dan menghulurkan salam - terpaksa memberi nama palsu]
remaja B : saya Hamdan...panggil adik je..:)
kamil : dah lame ke lepak sini??
[sambil duduk di sebelah remaja A]
remaja A : hmmm baru je duduk sini...cun-cun je abg...hehehe
aku : korang dok lepak sini, esok tak sekolah ke??
remaja B: kitorang dah berhenti sekolahlaa abg...
aku : berhenti sekolah?? pasai apa berhenti sekolah???
remaja A : saja nak berhenti...[sambil terus menghisap rokok]
remaja B : hmmm abg tak nak bawak kitorang ke jalan-jalan???
kamil : nak pergi mana??
aku : heeyyy...jangan nak ngade-ngade...esok kita kerja...bangun lambat nanti. kau nak...kau pegi sorang. tapi aku nak balik..[sambil berbisik]
remaja A : kalau abang tak nak kitorang, takpe...kitorang cari orang lain jek.
aku : dik..kitorang datang sinipun bukan sebab nak cari korang. saja je lepak sini. saja nak buang masa kami je pun. macam nielaa...korang g cari orang lain jek eyh. kitorang nak balik...:)
remaja B : alaaa tak cun laa abang nie...
aku dan kamil : kami mmg tak cun pun...[sambil gelak ]
hummm aku terus gerak meninggalkan tempat "panas" tue. dengan menoleh kebelakang. sambil timbul 2001 persoalan kat otak aku yang tepu nie. apa yang diorang buat pagi-pagi buta nie? mak bapak diorang tak amik tau ke pasal diorang?? kenapa diorag berhenti sekolah?? tak terfikir ke masa depan??? kalau aku listkan soalan-soalan nie...komfem bole bagi kat lecturer aku buat soalan untuk final exam nanti...sah-sahlaa aku akan skor sebab aku yang buat soalan hahahaha...
hummm apa nak jadik eyh dengan budak-budak yang muda macam tue. menyara hidup dengan kerja yang macam tue. akupun tak boleh nak kata sangat dalam hal nie. sebab akupun bukannye perfect sangat. cume aku...ade terdetik, macam mane dengan nasib diorang bile dah menjengak usia dewasa nanti...segala-segalanya mungkin dah tersurat. itu semua kerja Tuhan..terpulang mungkin pada diorang untuk menentukan masa depan sendiri...
terus bergerak balik ke putrajaya dengan otak aku masih penuh dengan persoalan..sehingga pagi nie aku lambat masuk kerja...sengetlaaa kau nie kamil...