"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Wednesday, 30 November 2011

:: mata kuyu - mood terganggu ::




Mata kuyu.. mana tak kuyu asyik tak cukup rehat. kerja dari pagi sampai malam. balik rumah just untuk tido dan mandi je. takde sosial life yang memberangsangkan. macam orang lain. tapi aku kena juga hadapi semua tue dengan care yang positif. ape yang aku nak buat? nak tau x? hmm, mesti kau cakap "buat ape nak tau".. tapi lebih baik korang amik tau dari jadi kepala tau. haha dari malam sampai sekarang aku memerah idea, memungut sampah yg bercelaru di dalam otak dan membakar jadi abu supaya apabila ada angin yang berlalu, bersih la sikit kepala ni untuk menerima input yang lebih berguna.. Sambil buat kerja sambil dengar lagu sambil memerah idea untuk blog kesayangan aku nie. menaip dalam jurnal maya aku. injtipatinye lebih kepada diri aku sendiri. macam aku bermonolog dengan blog sendiri.. sambil cuping telinga aku mendengar lagu-lagu yang berputar dari bilik kak Farah kat opis nie berulang2 kali sampai ke berapa ratus kali pun aku  tak pasti lagu apa dan aku terus menerus mendengar...

Episod hidup ni cepat betul berubah-berubah.. kadangkadang belum habis episod 3 dah masuk episod 5, cepat sangat sampai tak sempat aku nak berlakon dengan baik dalam setiap episod.. tapi aku hanyalah pelakon utama yang memainkan watak diri sendiri yang dipinjamkan.. jadi aku hanya menurut pada skrip kehidupan yang telah ditetapkan dari episod azali lagi.. walaupun memainkan watak diri sendiri tapi seringkali jugak terasa sukar untuk menghayati, kenapa? Mungkin kurang keyakinan, kurang pengalaman atau kurang pedoman.. sedangkan lamparan khazanah alam teratas telah lama tersurat, tapi tetap terlupa untuk mengambil sedikit ayat-ayatnya menjadi skrip-skrip tambahan dalam setiap lakonan dan pertuturan..
 
 



Yang mengetahui apa yang diciptanya, Yang mengenali apa yang dilihatnya.. Yang mengerti apa yang ditanya, Yang memberi setiap apa yang dijanjinya... Aku menanti dengan penuh kegembiraan, bukan menjahui dengan penuh kesusahan.. aku berjanji dengan penuh keinginan, aku bersungguh dengan penuh keinsafan... Bulan yang memberi seribu pengertian, keistimewaan, keajaiban, dan ketenangan... datanglah kepada aku sekiranya masa kisah ini masih belum berakhir...
 
**nota kaki : tatkala kehidupan menghimpit aku, hanya ada ikhtiar dan tawakal. senyum kelapangan sentiasa akan menyertai ketika aku berada pada jalur keimanan yg maksimum. begitu pula sebaliknya. apa yg harus aku miliki sbg bekal hidup dlm jiwa yg lapang??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...