"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Tuesday, 29 November 2011

:: balik kursus ::

23 November 2011 ari tue, aku ada attend kursus kat PD, mulanya memang aku malas sangat nak pergipun. tapi dengan niatnya sebab nak menghabiskan kursus 7 hari yang di wajibkan. jadinya, aku pergi jugakla. sebab bagi aku nak attend kursus nie macam buat benda yang sama je. ceramah dari pagi sampai petang. booooossssaaaannn!!! ikhlas sangatkan aku...

jadi, hari pertama aku berkursus nie, aku mula rasa tertarik. bukan sebab aku tertarik dengan coach tue. cume...initipati & pengisian kursus tue sendiri. menarik minat aku untuk terus tahu, tahu dan busy body nak tahu...

kursus nie pasal NLP. kau tau ke NLP tue ape?? akupun tak tahu apa tue sebenarnya NLP.
Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini. ok...maksudnye. bile kau belajar care NLP nie, kau akan tau macam mane nak mengawal sesuatu keadaan tue, dengan menghasilkan impak yang amat-amat positif dan terbaik.

jadi, akupun terfikir...macam mane NLP nie nak membantu aku???

......“ Ada caranya. Kau perlu tahu dahulu apakah itu NLP dan bagaimana NLP dapat bantu kita dengan izin Tuhan bagi mencapai apa yang kita hajati secara mudah dan senang. First sekali berkaitan Neuro. Neuro ini dapat kita fahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita.

Manakala , Linguistic (Bahasa) pula adalah bahasa yang kita gunakan bagi menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza.

Dan..... Programming pula adalah corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu perkara. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan dapat mengulanginya semula.

ok...aku ade praktikkan NLP semalam. aku gunekan cara VAK yang aku belajar mase kursus tue.

V = Visual = penglihatan
A = Auditory = mendengar
K = Kinestetik = sentuhan

kebetulan, semalam ada 1 kes uncle India nie, tak puas hati sebab dia tak dapat vaucer RM10. sebenarnya vaucer RM10 atas pembelian RM150 ke atas tue dah abis dah. sampai ahad ari tue je. die punyelaa bising macam nak runtuh Parkson tue. mase tue aku takde kat tempat kejadian. jadinye, Wan, staff customer service terus masuk ke cashier room. marah-marah. aku tanyelaa kenapa. die ceritalaa ade satu customer nie, tak paham-tak paham pasal vaucer tue. jadi, die mintak tolong aku terangkan kat customer tue.

akupun dengan yakin-yakin poyo. jumpelaa uncle tue. 1st aku tengok die, memang regular customer Parkson pun. jadi, aku dengar dulu luahan hati die. lepas tue, aku tengok care duduk die, care cakap die, care pandangan mata die, otak aku mule memproses ape yang perlu aku buat dengan uncle nie.

bermule dengan senyuman dan sedikit sentuhan di kepala lutut uncle tue, aku ucapkan terima kaseh kat uncle tue sebab datang ke Parkson. jadi aku explen kat uncle tue 1-1 mengikut resit yang ada tue. sebenarnye uncle tue yang salah paham. yang die beli tue barang best buy. akhirnye, uncle tue sendiri yang minta maaf. legaaaaa kepala hotak aku yang nak botak nie.!!!!  kesimpulannye, dengan sentuhan, penerangan yang lembut, berfikir secare positif pastinye membuahkan hasil yang lumayan...:D...

Ada hikmah di sebalik setiap masalah yang melanda sebenarnya, kalau kau  mengkaji dengan cukup mendalam dan mencari elemen-elemen positif di dalam masalah tu. Bila kau bermasalah ada lagi orang yang lebih bermasalah dari kau, cuma kau saja yang tak tahu.

Tapi, bila kau sudah bebas dari masalah, bersyukur dan panjatkan pujii-pujian kepada Yang Maha Esa kerana memberi Anda petunjuk (melalui idea, gerak hati dan cetusan ilham). Kita diberi masalah kerana Allah s.w.t. mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya.

Akhir kata untuk kau dari aku, emosi dan imaginasi boleh dipergunakan untuk apa saja tujuan. Ia bergantung pada kau, mind setting kau, attitude, skill dan pengetahuan kau.

Minda dan imaginasi adalah kurniaaan Yang Maha Esa dan mempunyai kuasa tak terhingga. Ia boleh digunakan sama ada untuk mencipta kecemerlangan atau untuk memusnahkan kecemerlangan sedia ada.

Masukkan apa yang kau mahu dalam imaginasi dan apa sematkan yang kau nak jadi dalam hati, bayangkan selalu dan kemudian bersedia kerana ia boleh berlaku bila-bila masa. Satu lagi, kau perlu konsisten melakukannya.


Lebih jelas kau imaginasikannya, lebih senang untuk LOA [emosi dan hukum ketertarikan] menarik apa yang kau mahukan. InsyaAllah...:)...

sama-sama berkongsi ilmu yang tak seberape nie...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...