pagi tadi, masa aku breakfast dengan ayu, cik syud & kak farah kat meja bulat [pantry] mcm biasa agenda meja bulat lepas membaca doa pagi adalah sesi mengumpat. setiap pagi ini jelaa mesti ada sesi mengumpat nie. kecuali pada bulan puasa hehehe. maklumlaaa...pintu neraka semua tertutupkan.
masa bercerita tue, ayu adalaa cerita pasal adik ipar dia yang sangat-sangat manja dengan mak dia [mak mertua ayu]. ayu citer lagi adik ipar dia mintak apa je mesti dapat. untung anak bongsu. baru tingkatan 4 kot [aku lupa tingkatan bape]...dh pakai iphone. hummm...tetibe aku terpikir yang aku jugak anak bongsu. tapi aku rasa aku tak penah dilayan macam tue...:) masa aku keciklaaa...so aku bolehlaaa mengklasifikasikan aku nie anak bongsu yang kurang menerima kasih sayang dari sebuah institusi yang dikenali "SEBUAH KELUARGA".
mesti kau tak percayakan. tapi itulah hakikatnya, bahawa aku memang dibesarkan dalam keadaan yang sangat kurang kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar "BAPA" dan juga "EMAK". namun, aku tetap bersyukur kat sini. sebab kalau dipikirkan balik secara positifnya - air mani bapak akulaa yang mewujudkan aku kat dunia Tuhan nie. kalau tak, kau mesti tak kenal siapa MOHD MAHATHIR niekan...:)
masa zaman kanak-kanak membawa ke zaman remajapun, aku kurang bersosial sangat. sebab abis sekolah aku terus kerja partime kat stesen minyak petronas Gemencheh. hummm ingat lagi masa tue. aku kerja sebab nak bayar duit SPM. aku taknallaa membebankan mak aku time tue. yeklaaa...kau bayangkan susah payah mak aku nak membesarkan aku dengan membuat kuih, pagi-pagi suara soprano akulaaa yang menjaja kuih tue keliling pekan gemencheh tue. kau nak tau tak macam mana liriknya :
"kuih - kuih, nasi lemak "
haaaa....macam tuelaa liriknya. pagi-pagi aku dah kuar umah, jerit 1 pekan tue. sape tak kenal anak Rohayah yang menjaja kuih pagi bersuara lunak merdu menjaja kueh pagi-pagi. cuma aku tak berkesempatan nak masuk BIntang RTM je. kalau tak komfem aku dah dapat gelaran Dato' macam Dato' CT tue...hahahahaha..perasan...!!!
bukanlah niat aku nak membuka pekong di dada, cume aku nak berkongsi pengalaman anak bongsu yang macam aku nie. sebab bila kite pikir balik tak semua apa yang kita nak tue kita dapat. untung sabut timbul. untung batu tenggelam. apa yang aku dapat belajar dari asuhan mak aku time tue - sentiase bersyukur dengan keadaan. selagi sesuatu mende tue bole diterima dan di pakai...selagi mende tue takdelaa rosak mane. selagi tuelaa aku akan pakai. macam baju sekolah aku...2 helai je. seluar aku 1 je...aku ingat lagi seluar sekolah menengah aku tue dh koyak kat lutut. tapi aku masih gune seluar yang same sampailaa mak aku suruh tukar atau beli je yang baru.
aku penah marah mak aku sebab tak belikan buku majalah "BUJAL". mesti kau ingat majalah niekan sapa-sapa yang hidup tahun 1980-1990 hehehe. majalah BUJAL tue memey glamerlaa time tue. sebab time tue mak aku kata, dia cuma ada duit RM10 je untuk buat belanja. tapi aku marah mak aku, aku rasa mak aku dalam rasa berat hati & kasih sayang dia kat aku, belikan jugak. hummm bila aku kenang balik - rasa bersalah sangat dengan mak aku.
bapak aku pulak - hummm ntahlaa. aku tak dapat nak komen apa-apa pasal bapak aku. sebabnya aku dengan memang tak rapat sangat. tapi setakat yang aku kenal bapak aku. dia suka maki orang, terutama aku. kalau takat "anak ******", "B***", "anak ****" memang dah jadi makanan aku time tue. tapi aku redha jelaaa. nak buat macam mana dah perjalanan hidup aku di suratkan macam tue. jadi aku kena redha, bersyukur & belajar untuk menerima sesuatu tue dengan rase yang positif. kau - yang famili, isteri/suami dan anak-anak, tolong ye!!! tolonglah beri kasih sayang sepenuhnya kat anak-anak dan isteri/suami kau. even kau marah sekalipun janganlaa hamburkan perkataan yang tak elok. takot nanti perkataan tue semua akan jadi makanan dalam hati anak-anak kau nanti. aku nie kire bernasib baik sebab masih ade pegangan lagik. kalau tak - komfem aku dah jadi gangster tahap otromen taro punya hahahahaha....kelakar tak aku???
hummm aku rasa dah panjang lebar sangat aku membebel pagi niekan. nampak sangatlaa aku nie takde keje kat opis nie. oklah...aku blah dulu. nanti sambung balik. tuepun kalau ada story aku nak kongsi hahahahahaha...