"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Friday, 5 August 2011

:: RENUNGAN RAMADHAN....::

Kehadiran Ramadhan al-Mubarak disambut dengan pelbagai ragam oleh manusia yang mengaku muslim. Bagi yang bertakwa, kehadiran Ramadhan terlalu dirindui. Ramadhan akan disambut sebagai tetamu vvip kerana ia hadhir dengan membawa pelbagai anugerah dan ganjaran. Ia datang dengan membawa  keberkatan. Ia datang dengan membawa kerahmatan dari Tuhan yang menguasai sekelian alam, Allahu Rabbul Alamin. Maka Ramadhan dirai sepanjang siang dan malam dengan persembahan demi persembahan sama ada ketika berdiri, duduk ataupun  berbaring dengan alunan puji-pujian dengan penuh kesungguhan, penuh keikhlasan semata-mata mengharapkan keredhaan dan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
 “Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk elalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka (yang berpuasa). Kelak aka nada pengumuman: Dimanakah orang yang berpuasa? Mereka (yang berpuasa) lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tersebut ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya”
                                                                                                      (Riwayat Bukhari dan Muslim)

   “Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan”
                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak: Perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang suka melakukan maksiat, tidak menginsafi dosa-dosa dan terlalu panjang angan-angan”.
Oleh yang demikian, bagi meraikan Ramadhan al-Mubarak ini, lakukanlan yang terbaik bagi mengisi keperluan Rohani dan jasmani agar termasuk dalam golongan yang diredhai Ilahi.

Thursday, 4 August 2011

:: Terima Undangan Dan Menerima Hadiah ::

Maksud Hadith :

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis sama ada majlis itu kecil mahu pun yang besar, nescaya aku menerima jemputan tersebut. Sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak, nescaya aku menerimanya juga”
Hadith Riwayat :Al-Bukhari



Huraian:

1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silatul rahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.

2. Rasulullah SAW sebagai contohnya, baginda tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah yang diberikan kepada baginda. Baginda tetap menerima apa bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada majlis itu kecil atau besar, dan jemputan itu dari orang kaya atau miskin.

3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...