Sekarang jam 10:30am. Aku berada di office dengan keadaan yang agak penat.
Sebab apa?
sebab aku lambat tido semalam.
Sebab apa?
sebab aku ke Balai Polis Putrajaya, teman adik-adik cashier aku atas sebab kes pukauan dan kecurian.
Sebab apa?
Sebab aku rasa aku dah buat sesuatu yang salah dan bertentangan dengan apa yang aku selalu cakap dengan kawan-kawan aku.
Sebab apa?
Jujur, aku selalu cakap kita kena jujur dalam perhubungan antara kawan, kekasih atau sesiapa sahaja dan perkara nie terjadi minggu lepas aku rasa aku adalah orang yang paling tak jujur dengan diri aku dan orang di sekeliling.
Sebab apa?
Aku ada alasan aku sendiri..biar la aku dan Tuhan saja yang tahu! yang penting kat sini, aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan orang di sekeliling aku. Mungkin ada antara mereka yang terasa effect dia, mungkin ada yang tak perasan, mungkin ada yang sakit hati, apa-apa pun yang kau rasa, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tak berniat nak buat macam tu.~haih harap-harap malam ni aku tenang sikit dan boleh tido dengan lena.
Yang bersalah,
2 comments:
Adakalanya alasan diberi untuk menjaga hati org sekeliling kita..
hati saya selalu tertanya2 tentang itu..
berbaloi kah?
itu persoalan yg masih terjawab...
...melati putih
hmm...kadang-kadang bile kite terlalu menjaga hati orang sekeliling sampai kite terlupe untuk menjaga hati sendiri...:)
Post a Comment