"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Saturday, 30 June 2012

:: Berangan atau Mimpi?? ::

adakah ku bisa?

lari dari dunia,
menyembunyikan rasa,
menghindari kata-kata,
adakah ku bisa?

papa kepada kaya,
tua kepada muda,
sakit kepada sasa,
adakah ku bisa?

tinggal sedih muncul gembira,
khayalan adalah satu yang nyata,
satu kini sudah dua,
adakah ku bisa?

bermimpi?
...
adakah ku bisa?

Aku selalu tanya diri aku sebelum tidur, "Mahathir!, apa yang kau buat hari ni? Esok pula kau nak buat apa?" dan kadang-kadang aku akan bayangkan apa yang bakal terjadi pada aku dalam 10 tahun dari sekarang. (dalam buku '8 to be GREAT' ada menyatakan, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk berjaya! ).

Masa ni, macam-macam yang aku bayangkan, punya kerjaya yang berjaya, mempunyai anak-anak yang comel seperti aku [mungkinlaaa...sebab buat masa sekarang aku tak ada calon lagi], mempunyai restoran aku sendiri, Tivi digantikan dengan projector yang memancar ke dinding putih. Terdapat balkoni di luar, dan ada meja jepun di situ, so malam-malam lepas balik kerja, sebelum masuk tidur, rehatkan minda di balkoni sambil minum air horlick panaz! di temani seorang wanita yang di sayangi sambil memegang tangan beliau (bini aku la tu - siapa ye??) menceritakan apa yang di buat hari ni. huhu! well aku tahu, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat, tapi sekurang-kurangnya aku punya 'sasaran' hidup dan itu memberikan aku satu landasan untuk bergerak ke depan...betul?

persoalanya sekarang....
salahkah aku bermimpi?

mampukah aku bermimpi?

Friday, 29 June 2012

:: need pillow...::





Sekarang jam 10:30am. Aku berada di office dengan keadaan yang agak penat.

Sebab apa?
sebab aku lambat tido semalam. 

Sebab apa?
sebab aku ke Balai Polis Putrajaya, teman adik-adik cashier aku atas sebab kes pukauan dan kecurian.

Sebab apa?
Sebab aku rasa aku dah buat sesuatu yang salah dan bertentangan dengan apa yang aku selalu cakap dengan kawan-kawan aku.

Sebab apa?
Jujur, aku selalu cakap kita kena jujur dalam perhubungan antara kawan, kekasih atau sesiapa sahaja dan perkara nie terjadi minggu lepas aku rasa aku adalah orang yang paling tak jujur dengan diri aku dan orang di sekeliling.

Sebab apa?
Aku ada alasan aku sendiri..biar la aku dan Tuhan saja yang tahu! yang penting kat sini, aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan orang di sekeliling aku. Mungkin ada antara mereka yang terasa effect dia, mungkin ada yang tak perasan, mungkin ada yang sakit hati, apa-apa pun yang kau rasa, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tak berniat nak buat macam tu.~haih harap-harap malam ni aku tenang sikit dan boleh tido dengan lena.

Yang bersalah,

 

:: Aku memang pelupa...::

  AKU : "You know, you are someone SPECIAL in my heart"
(How dare i claim this sentence to someone but later i cannot prove it!)

 DIA: "If Special, awal - awal lagi dah wish, tak per la..lupakan jer la.."
(Friends and reader...if u read this, please don't just simply say something like this if you cannot full-fill it. You must walk what you talk. )


Yup! sesuatu telah terjadi, dan semuanya bukanlah sengaja di buat-buat. Mungkin betul kata orang sebelum ni, aku perlukan rehat. Mungkin aku terlalu banyak memberi tumpuan kepada kerja...

Tapi kalau di fikirkan balik, aku bukan lah seorang manusia yang mempunyai ingatan yang kuat. Cuba check:
  • Aku tak ingat full address rumah aku, walaupun sudah  setahun lebih aku duduk rumah aku tu..
  • No telephone yang aku hafal adalah no telephone aku, ofis aku..yang lain? xper..ada phone book!
  • Tarikh hari lahir yang aku tahu ialah..erkk..erkk..tarikh lahir aku sendiri..(arwah mak dengan abah pun tak ingat..itupun aku tak tulis dalam Note dalam handphone aku..)

See..serius! aku tak tipu, aku memang tak ingat semua benda-benda ni...oh! adeh! musti kau tak faham, maaf kerana aku merepek yang bukan-bukan. Aku tulis semua ni kerana semalam tanpa aku sedari aku dah terlupa tarikh lahir seseorang. Aku pernah kata kepada dia..yang dia adalah seorang yang sangat istimewa dalam hidup aku..tapi semalam telah membuktikan yang aku hanya "Ayat, pandai..buat, tak tau!". Maybe sebab aku terlalu asyik bekerja. siang kerja di Kementerian Pengangkutan, petang aku kerja di Parkson Alamanda pulak. balik rumah aku jadi bibik pulak, mengemas dapur yang selalu bersepah. walaupun bukan aku yang rajin memasak setiap hari. mana aku nak ingat...apa-apa pun, memang salah aku..minta maaf banyak!

Aku cuba nak betulkan keadaan, tapi..lagi aku cuba, lagi teruk jadinya! haihh! Semalam sebelom tertido, aku fikir balik, apa yang aku dah buat...dan sekarang aku faham kenapa dia tinggalkan aku dulu! memang salah aku sebab perangai aku macam ni! tak pernah nak ingat sesuatu yang penting buat kamu. Well...yang lepas dah tak boleh nak ubah...yang penting sekarang masa depan!

Sekian,

**nota kaki - Minta maaf banyak-banyak sebab lupakan hari lahir awak T__T

Thursday, 28 June 2012

:: cuti-cuti Korea ::


sebenarnya nie cerita lama. tapi baru aku nak terhegeh-hegeh upload kat blog aku, jadinya agak kesengatan yang ketara. aku nak cerita lebihpun banyak perkara yang aku tak berapa nak ingat. tapi inilaa antara jadual aku masa kat Korea dulu.


8 Januari 2008 KUL/ICN KE 672 (0130-0850)
11 Januari 2008 ICN/KUL KE 671 (1820-0005)

7 Januari 2008
Berkumpul di Kuala Lumpur International Airport bertolak ke Seoul

8 Januari 2008
- Tiba di Incheon International Airport
- Bertolak ke Young-Jong-Do, menaiki SeaGull Cruise ke Weolmi-Do
- Makan tengah hari
- Melawat Namsan Hanok Village. Melihat rumah tradisional dan budaya Korea
- Mendaftar masuk ke hotel
- Membeli belah di Myungdang
- Makan Malam

9 Januari 2008
- Sarapan pagi
- Bertolak ke Yangji/Jisan Ski Resort dan bermain ski di resort tersebut
- Makan tengah hari
- Melawat Masjid dan solat jamak Zohor & Asar
- Membeli belah di kawasan Itaewon
- Berkunjung ke Kimchi School untuk membuat & mempelajari cara membuat Kimchi serta mengambil gambar dengan memakai pakaian tradisional Korea (hambuk)
- Membeli belah di pasaraya Kwang Jang dan membeli sutera di pusat membeli belah Dongdeamon
- Makan malam

10 Januari 2008
- Sarapan pagi
- Melawat ke Tamab Tema Everland
- Membeli belah di Ginseng Centre
- Membeli belah di kilang Amerthyst
- Membeli belah di Antique Street Insa-Dong
- Makan Malam

11 Januari 2008
- Sarapan pagi
- Membeli belah di kawasan E-Hwa Woman's University
- Makan tengah hari
- Membeli belah di Grocery Shop
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Inceon dan berlepas balik ke Kuala Lumpur dr Seoul. Suhu - Max 5'c, Min -5'c




Airport Incheon di samping dayang-dayang









Tembam nyaa aku time nie





Islam berkembang di Korea

Bersama artis K-Pop yang aku jumpa [tipu je]
dia travel guide aku..kacakkan!!!


































Wednesday, 27 June 2012

:: apa maksud masbuk dan muafik?? ::

S :Apa maksud masbuk dan muafik.

J : Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.

Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.

Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.

S : Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

J : Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.

Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).

Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".

Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.

Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

S : Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

J : Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).

Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.

Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.

S : Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

J : Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.

Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.

Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

S : Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

J : Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.

Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.

Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.

Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.

Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.

Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.

Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

S : Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?

J : Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.

Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.

Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.

Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.

Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya.

S : Masjid di negara kita indah tetapi masih gagal menarik remaja datang. Apakah yang diperlukan untuk menarik mereka ke masjid masa kini?

J : Masjid boleh menjadi tumpuan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang memudahkan para jemaah.

Paling utama kini adalah kemudahan meletak kenderaan. Sebabnya, hal ini jika tidak diatur dengan baik boleh memberi gambaran negatif kepada bukan Islam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat. Lalu Islam akan dilihat sebagai menyusahkan orang lain.

Bagi menarik para remaja, masjid boleh menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan ping-pong.

Masyarakat juga mahukan tempat pembelajaran yang selesa iaitu dewan kuliah atau seminar yang dilengkapi kerusi meja dan alat bantu mengajar.

Masjid juga perlu dilengkapi kemudahan wi-fi. Sudah ada masjid yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi ia masih belum meluas.

Tuesday, 26 June 2012

:: Story about a girl name - Latipah ::




Kau nak tahu tak Latipah? Hari tu aku ada buat group member aku sakit hati gila-gila dengan aku. Dah lah aku ketua kumpulan tapi tak macam ketua sebab aku tinggalkan diorang macam tu saje. Not that aku intended to do such thing to them but I'm just not a leader type of human for God sake [bagus tak english aku?? hahahaha]. Aku tak ready bila someone ask me this and that, hey kau ketua kau pergilah jumpa lecturer ask this and ask that, err ady what is our topic for the presentation and so so? Please, I'm not that type of people guys, & I do apologize for the wrong doings and shitties I've caused. Kalau kau orang nak buat muka tapir dengan aku lepas ni pun takpe, I really don't mind.

Just so you know, aku memang tak sempat nak buat apa-apa hari tu.
 yang aku pulak sebok dok mengejar masa kerja kat Parkson [daaaa...Parkson yang terpalit]. sampai tak sedar tau, yang minggu tu group aku yang kena buat presentation, esoknya kelas baru aku teringat, aku macam ya Allah, presentation!!! Lepas tu aku baru teringat, OMG, tag untuk program Ahad ni tak print lagi!!! Dah sudah, banyak pulak tahi atau dalam english shit yang tiba-tiba timbul masa aku tengah pening baru bangun tido ni. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Aku kalau boleh nak page korang and tell u guys I can't make it to the presentation even if I can, sebab dah too late kot, tapi I'm out of credit. SMS last aku pun aku hantar kat Akak Zarina semalam, which she apparently tak reply dan mana pendrive yang aku nak ? hummm....Just forget about it lah.

I was told that presentation tu habis pukul 11, so there's nothing I can do though. Lepas tu, aku pergi office InEd sebab nak settle pasal tag wutsoever tu, and Syed pulak tak mahu tag penuh warna sebab risau ink printer dia habis [kemot kelilinglaa kau], which aku kena balik makmal dan otter balik the background. Masa nak print tu jumpa Gowry and she told me that semua group member aku memang pissed off gila dengan aku sebab aku lepas tangan pasal the whole presentation thing. I'm like what the f***?
Sudah lah kot cerita pasal these things sebab overall, it is clearly my fault, repeat....MY FAULT. no one to be blamed but me seriously. I owe you guys an apology. If there's anything that I can do to turn these shits back to normal, I will absolutely do. I regretted the thing that I've done and there I've said it. Ok, cukup lah kot, bukannye diorang baca pun blog ni kan? Ok lah, aku tak tahu nak cerita apa lagi. Until next time folks. Assalammualaikum.


**nota kaki - errkk..tajuk entry nie tiada kaitan dengan kak Tipah PA Dato' KSU kat opis aku. apapun markah presentation aku tue...agak oklaa bolehlaa cover aku time final exam nanti dan ahli kumpulan aku yang lain...minta maaf sangat-sangat...sayang korang lebih dari setalam kek batik aku...

:: Hati Tenang Yang Hilang ::

semalam aku baru balik dari keje. Balik je tengok luar panas tapi ada angin yang kuat, tak sedar jugak mula-muka tapi tengok angin bagai ribut omak aih boleh tahan kuat. sekarang ni aku pantang kalu kena hujan skit mesti sakit kepala, lagi-lagi kalau lepas tu  makan kambing, pecah kepala.. hari ni rasa sedikit (skitttt je) kurang sedap di lubuk hati.. entah la kenapa, tak cukup garam kot or kurang cili, atau terlebih ajinomoto.

aku rasa entry kali ni takde gambar kot, takde mood.. entry ni sebenarnye nak mengatakan mood aku takde, takde mood yay2 takde mood.. semua mcm kena tapi tetibe semua serba takkena, mari kita lihat sape yang kena.. aku la yang kena, sebab semua kerana aku.. bengong.

malam nie, mungkin maghrib nanti aku cube tenangkan sikit perasaan, hati yang tidak tenang ni tandanya kita dah mula lupakan sesuatu yang sentiasa melihat kita, menjaga kita, melindungi kita, dan mengasihi kita selalu, iaitu Dia yang satu.. Dia lah sebenarnya tempat kita berteduh dari semua kepalsuan dunia.. hati yang tidak tenang tandanya kita dah lupa untuk meminta petunjuk dan berdoa padaNya, kadang-kadang kita rasakan sesuatu yang berlaku sudah tidak ada lagi jalan penyelesaian, full stop.. walhal Dia lah yang berkuasa menyelesaikan segala resah dan risau terus di dalam lubuk hati.. mungkin akan mengambil masa tp itulah cara Dia mendidik hati seorang manusia.. bukan senang nk membawa hati yang penuh cubaan, sedangkan hati itu lembut dan mudah terluka, tapi dari hatilah kita membawa siapa diri kita, bagaimana kita menjalani hidup dan bgaimana melihat melaluinya.. sememangnya melihat dengan hati inilah pandangan yg paling tajam, namun sangat mudah tersalah dan beralih.. aku insaf..

banyak yang dah ditunjukkan pada aku sejak akhir-akhir ini.. ada yang menggembirakan aku, ada yang menyedihkan aku.. ada yang aku terima, ada yang aku sepak laju-laju taknak terima. aku dipertemukan dengan ramai orang, ramai kenalan dan ramai kawan.. hidup aku tak kosong, penuh dgn kisah-kisah menarik, tapi lagi penuh dengan kisah horror saluran citra. memang aku minta dipertemukan dengan sesuatu yang hanya aku dan Dia yang tahu. namun aku takut, kalu hati ni tak cukup kuat, ada kekurangan dan kelemahan.. aku berdoa, jika Dia memberikan aku 'sesuatu' itu, aku harap dia jugak berikan kekuatan pada hati aku, ketabahan dan kepercayaan untuk aku tempuh hari mendatang..

...sambung balik, tadi aku pi masok bilik bos kejap. dia bagi keje tapi aku siapkan entry blog aku dulu sebelom aku kehabisan idea...

sebenarnya aku dalam beberapa minggu ni adalah org yang sangat gembira, syiiokkkkk, bak kata pepatah.. memang la happy, sbb tettttt.. aku percaya pada kejujuran, cuma kadang-kadang hasutan tu tetap ada meniup keraguan dalam hati (kerja syaitonnirrojim la ni).. sebab tu aku berdoa sangat meminta perisai dalam hati, tak payah bullet proof pun takpe janji  tak terluka.. cara yang terbaik untuk aku elakkan semua tu adalah dengan pujuk diri sendiri, hantok kepala kat dinding (tipu je) dan aku lebih suka berdiam diri. sebab berdiam tu kadang-kadang-kadang ada hikmah yang lebih bermakna.. kadang-kadang dengan membuka mulut perkara akan jadi lebih rumit. pengalaman sedikit sebanyak mengajar hidup aku, atau menjatuhkan semangat aku.huhu sebab tu aku hanya terus pandang ke depan tapi kadang-kadang harapan datang dari belakang dan kita perlu menoleh.. kalaulah aku diberi peluang mengucapkan sesuatu di depannya....

Monday, 25 June 2012

:: Doa Untuk Teman ::






Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku.
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan,
ketenangan,
kecemerlangan
dan hidayah dari-Mu
dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

**nota kaki - bermuafakatlah dengan diri sendiri sebagaimana kita bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Sunday, 24 June 2012

:: Jadilah Sahabat Yang Disukai Ramai ::




1. Bersikap Peramah
Sentiasalah bersikap peramah dalam apa jua keadaan. hanya dgn sapaan "Assalammualaikum" atau "hai!!", apatah bertanya khabar, sudah cukup menunjukkan kita seorang yg peramah. jangan segan sila untuk mengucapkan "terima kasih" atau "maaf". sebab ia akan boleh meninggalkan kesan yang positif dalam hubungan persahabatan.


2. Bermurah Hati
Jadilah seorang yang bermurah hati. dengan sikap ini, kawan-kawan akan sentiasa mengenangkan kita. sebagai contoh, sikap pemurah boleh ditunjukkan dengan pemberian hadiah kecil untuk kawan-kawan. tidak perlu besar atau mahal, sekadar yang termampu, itupun dah cukup memadai.




 3. Jangan Terlalu Ego
Sejauh mana sikap ego kita boleh memberikan kebaikan kepada hubungan persahabatan yang terjalin?. kalau kita bersikap ego dlm banyak hal, pasti kita akan disisihkan kawan-kawan. jadi, dalam masa-masa tertentu, buang jauh-jauh sikap ego dalam diri. sekiranya kawan-kawan meminta pertolongan, hulurkan bantuan.



siapa yang mahu dicop dirinya sebagai seorang yg tidak boleh dipercayai??. dalam berkawan, kepercayaan adalah teras kekukuhan hubungan persahabatan. jadi, kita perlu memberi kepercayaan dan menghargai kepercayaan kawan-kawan atau org lain. paling penting adalah ketika berjanji. jangan sesekali memungkirinya...

5. Menghargai Hak Peribadi
Org kata, dalam berkawan ada batasnya. kita mungin telah lama berkawan dan sudah tentu begitu akrab. walau bagaimanapun kita perlu tahu, keakraban itu tidak semestinya kita gunakan untuk tidak menghormati atau menghargai hak peribadi kawan-kawan kita. dlm sesetengah perkara, ada segelintir kawan-kawan yg tidak akan bercerita mengenai peribadi derang. jadi jgnlah pulak kita gatal-gatal nak busy body, nak juga tahu!!!


6. Wujudkan Kemesraan
Berapa tahun telah kita habiskan masa bersama kawan-kawan? mungkin kita tidak sedar tempohnya. tak kisah berapa lama masa kita habiskan utk bersama derang, pastikan setiap masa wujudkan kemesraan..


4. Wujudkan kepercayaan
Siapa yang mahu dicop dirinya sebagai seorang yg tidak boleh dipercayai??. dalam berkawan, kepercayaan adalah teras kekukuhan hubungan persahabatan. jadi, kita perlu memberi kepercayaan dan menghargai kepercayaan kawan-kawan atau org lain. paling penting adalah ketika berjanji. jangan sesekali memungkirinya... 

"Berkasih biar satu, berkawan biar seribu". peribahasa nie menjelaskan kepada kita supaya carilah kawan seramai mungkin. dalam berkawan arau menjalin hubungan sosial, bukan hanya semata-mata berkawan, tetapi kita juga dituntut supaya menjalin hubungan yang baik selain harus bersikap profesional. tak guna punya ramai kawan jika tiada yg benar-benar rapat dgn korang. mungkin ini terjadi kerana sikap kita sendiri. kalau betul, sudah tiba masanya untuk kita berubah sikap, dan pastikan kita menjadi seorang teman yang favourite di kalangan sahabat lain.

**nota kaki - fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci tapi sekiranya kita fikirkan kasih sayang kita akan dikasihi...

Saturday, 23 June 2012

:: Sejuta Rasa Satu Makna ::

 
 
 
 
 
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruang waktu nan terbatas ini...apa lagi yang harus diucapkan selain kalimah kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta. Apa lagi yang patut ada selain syukur nan berpanjangan, atas segala apa yang dilimpahkan atau atas segala apa jua yang ditimpakan kepada kita yang serba kekurangan ini.

Dua hal yang seringkali melingkari kehidupan setiap daripada kita - yakni SUKA dan DUKA atau apa saja yang boleh ditafsirkan sama makna dengannya. setiap daripada kita ini hanya mendambakan warna - warni kehidupan nan ceria bak pelangi melintangi angkasa. Apakah ada kehidupan sebegitu? sudah tentu tiada selagi kita berpijak di bumi nyata..di bumi fana ini.

Meratapi malang menimpa diri bukan mampu melegakan segala rasa yang terbuku. Malah hanya menambah rasa sakit dalaman yang telah sedia ada. Rasa sakit hati yang berpanjangan membuat hati MATI!!!!..bimbangnya hati yang mati sudah tidak mahu terbuka untuk mengingati Maha Pencipta lagi.

Sama ada ketika ini dikurniakan kegembiraan atau ditimpa musibah, kedua - duanya hanya akan berlaku dengan hanya izinNya. Kita perlu yakin bahawa setiap sesuatu itu telah disediakan hikmah oleh Maha Pencipta bukan berlaku tanpa sebab atau suka - suka.

Rasa terhadap Maha Pencipta - rasa syukur yang tidak terhingga
Rasa terhadap diri sendiri - bersyukur dengan kurnianya
Rasa terhadap sesama kita insan - syukur apa adanya


Kita yang serba kekurangan ini bukanlah terlalu kurang. Hanya perlu yakin untuk melakukan apa jua rasa yang baik...insyaAllah...akan bertambah - tambah baiklah kita jadinya. Jadilah hamba yang terbaik biarpun kita ini serba kekurangan....WASSALAM

Thursday, 21 June 2012

:: Paralysis Sleep-a must read article ::

 
 
 
Kena tindih / Sleep paralysis, janganlah kita ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak perkara-perkara pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang-kadang geram, sebab takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer siket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab-sebab atau perkara-perkara yang boleh mentrigger sleep paralysis:
 
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
 
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
 
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Kau lagi hantu sebenornye.........tapi kalau kau yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki atau suami jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak suami kau..bacalah Alhamdulillah!!!! hahahahaha....opssss...
 
 
**nota kaki - saya percaya hantu
 

Wednesday, 20 June 2012

:: Kita Di Malaysia..Come On laaa...::

Hari ni aku terjumpa dengan Ku Mohd Ashraf [bukan nama sebenar], kawan lama aku masa sekolah menengah. Aku pun tanya dia...

"Apa project kau sekarang? Kau kerja dengan syarikat printing hari tu lagi ke?"


"Dah lama berenti... ada la 5-6 bulan dah... aku buat bisnes skang ni" Jawab Ku Mohd Ashraf.


"Laaa... awat berentinya, apa kilang printing kau tu nak bangkrap ke?" Tanya aku.


"Aku ada bisnes skang ni, bela lintah" Jawab Ku Mohd Ashraf melirik.


"What? Apsal kampung sangat kau ni? dulu masa sekolah bukan main lagi kau smart-smart kat sekolah... last-last bela lintah" aku mengejek.


"Hehehehehe... ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi, 3.50 sekor sekarang ni... kolam aku je dah ada 2000 ekor lebih..."


Lalu Ku Mohd Ashraf meninggalkan aku... Aku duduk di kerusi depan rumah aku... aku memandang sekeliling, kiri dan kanan. Ada sebuah lori berhenti di depan timbunan sampah tak jauh dari rumah aku. Lori sampah barangkali, tapi tak semua sampah diambilnya, hanya sampah-sampah kering berupa kertas dimasukkan ke dalam lori.


Aku buat-buat tanya...


"Bang, recycle kertas ke bang?"


"ha ah...kenapa? kat rumah banyak paper lama?" tanya drebar lori tu.


"ada...ada... tak banyak la... nak ambik la"


Setelah diangkut ke dalam lori, drebar lori tu menghulurkan RM2 sebagai bayaran paper lama aku tu.


"eh tak payah la... abang lebih memerlukan duit tu, tak payah bayar la" kata aku kononnya simpati.


"ye ker? tak menyesal? paper naik harga sekarang ni...." kata drebar lori tu.


"tak pe... cuma saya nak tau... kalau penuh satu lori, berapa agaknya abang dapat?" tanya aku.


"300-400 jugak la..." jawab pemandu lori dan terus blah dengan lorinya sambil mengucapkan terima kasih.


Aku duduk kembali di kerusi aku tu, dan aku teringat kembali kata-kata Ku Mohd Ashraf... "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi" Jual sampah pun boleh dapat 300-400 sehari....
Aku berjalan-jalan di kaki lima rumah kedai area rumah aku. Ternampak la pulak orang jual goreng pisang tepi jalan.

"kasik 2 ringgit" aku beli pisang goreng tu.


"Baik pak... terima kasih ya pak" kata peniaga tu.


Orang seberang rupanya.... kemudian peniaga tu ingin mengambil sesuatu dari keretanya... KERETA WAJA.....


"hmmm... pakai waja... kira hebatla jugak.... aku pun pakai Viva je..." fikir aku... banyak lagi benda yang aku boleh nampak sekeliling yang amat sesuai dengan ayat "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi".... walaupun takdelah membawa hasil sehingga jadi jutawan, tetapi takde la hidup susah sangat.... kaum yang lagi satu tu jangan ditanya... diorang memang dah hebat dari segala segi.. takde subsidi kerajaan mahupun bantuan.. mereka boleh hidup walaupun tak berpelajaran...


tu kadang-kadang aku terfikir... kenapa kita selalu merungut sana-sini.... ini tak cukup, sana tak cukup... apakah gaya hidup kita yang salah atau mentaliti kita masih kekampungan atau tak ingin berubah? Memang ini negara kita... negara melayu... tapi kenapa bangsa lain hidup senang lenang di negara kita walaupun takde bantuan kerajaan atau apa-apa keistimewaan?


Kalau kita duduk di eropah bagaimana pulak? hmmmm.... ingatlah ayat ni.. "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi" So... aku sendiri pun masih malas dan tanak berusaha... asyik mengharap sesuatu yang ajaib berlaku dalam hidup ni... takpe la kalau sekarang ni masih kaum aku yang memerintah... kalau satu hari nanti PM aku hidungnya mancung, matanya biru rambutnya perang, agaknya apa la nasib generasi aku akan datang.... bersyukurlah... ini MALAYSIA.... kalau rajin semua jadi....PARKSON BOLEH...tetibee!!!!


TERIMA KASIH.
**nota kaki - takde kerja sebab FB kena blok kt opis. sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...