"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Wednesday, 18 January 2012

:: Assalammualaikum....::

 


 
Aku baru selesaikan kerja-kerja terakhir aku dalam Unit Parlimen Jemaah Menteri nie. ala sikit je (pengsan jap td) nak setel. Sekarang lepak jap sambil minum horlick cereal.. kalaula ada robot yang mempunyai perasaan dan kebolehan yang sama seperti membantu kerja-kerja yang aku nak buat kan senang. Tulang belakang, tengkuk dan pinggang dah bunyi tanda-tanda terlalu lama duduk atas kerusi dan depan pc lenovo kepunyaan Kerajaan Malaysia nie. Oh ya minggu lepas aku baru je melawat pusara arwah ibu aku - Hajah Rohayah binti Shamsuri. Sayu je bila teringat pengobanan bonda aku ni. Kalaulah dia masih ada lagi disamping aku, mesti hari ini adalah berbeza. Tapi ape yang ditinggalkan pada aku sebenarnya dah cukup cuma  aku yang perlu menentukan corak perjalanannya...
 
 
Adakah kita akan menjadi lebih baik dari hari ke hari? Cuba renungkan, kadang-kadang kita terbuat perkara yang menunjukkan keaiban diri sendiri. Mungkin kita bercerita tentang keburukan orang lain, tapi tanpa kita sedar dalam masa yang sama Tuhan telah memperlihatkan pada orang ramai keaiban kita yang kita rasa bangga bila mengucapkannya secara tulisan ataupun lisan. Kita cenderung untuk mempertikai, menegakkan pendirian masing-masing dan memberikan pendapat tetapi kan lebih baik dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana...
 

Ada tak antara kita dah lakukan satu pengorbanan ke arah kebaikan lately? bila pikir balik, mungkin aku pun belum ada.. Buka cerita baru-baru ni, aku dengan penuh huru haranya, baru menghabiskan peperiksaan akhir semester aku. Hajat di hati memang aku nak ulang sekali Amugerah Dekan tue. tapi bila aku tengok dam nilai semula apa yang aku dah buat masa peperiksaan tue...aku tak rasa yang aku boleh ulangi semula kejayaan peribadi aku tue. Kejang jugak urat telinga aku bila dengar pensyarah aku membebel. boleh tahan bengkak pendarahan jugak.
 
 
Insyaallah dalam jangka masa mungkin setahun ni aku akan realisasikan angan-angan mat jenin kampung pisang aku ni untuk memulakan satu langkah lagi kehadapan. Banyak idea nak buat, tapi aku kena buat satu-satu, jangan gelojoh boleh??(berkata pada diri sendiri) Kalau ada rezeki, dengan usaha dan tawakal insyaallah boleh, kau pon doa-doakan la ek ek.. comel la korang.aww.. ekekeke jgn risau aku bukan sedang menukar jantina.
 
 
Beberapa hari lepas, aku dah melepasi satu tahap kelepasan dalam melepaskan apa yang patut dilepaskan di hati maka terlepaslah kesemua dengan perasaan lega..hehe 1st time dalam hidup buat mende yang kau tak pernah buat, lagi-lagi melibatkan orang lain, cuak dan pelbagai lagi reaksi yang aku tak dpt nak huraikan kat sini terjadi pada aku. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar dan baik, Alhamdulillah... :'p
 
 
Haritu ramai la kawan-kawan aku kat umah ni, disebabkan itu aku sekarang dah rajin balik untuk memasak. bagi aku memasak ni terapi yang baik untuk menghilangkan bosan kebujangan yang aku alami sekarang. jadi, menu yang aku hidangkan untuk kawan-kawan aku adalah AYAM MASAK KERUTUK, SUP SAYUR dan KEK BATEK.
 
 
Setakat sekarang bila aku masak mesti menjadi, tapi yang tak menjadi lagi banyak. haha takpela, kang amik pengalaman dulu, nnt dah kawin suh je bini masak [errkk...kawen ke aku???]. huahua Selepas ni, aku kena lebih berdisiplin dalam bekerja, berjalan, berlari, bermasak dan lain-lain lagi sebab mungkin hari akan jadi lebih sibuk pada masa akan datang. Doakan yang terbaik. :)
 
 

 
 

**nota kaki: hobi aku yang lain adelah korek hidung. trademark aku agak pengotor kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...