Tanpa mu ku rasa... resah dan gelisah
Bagai gila tidak dapat hidup tanpa kasih
Bagai hilang akal bila kau terlalu jauh
Nun di puncak ku letakkan diri mu
Setinggi harapan ku
Tak tercapai tangan kerna terikat di langit
Tak tercecah kaki kerna terpasak di bumi
Semalam aku berdiri tegak di tengah kesibukkan
Aku lihat pelbagai telatah dan tabiat manusia
Tanpa ku sedari ... aku melihat diri ku sendiri dalam diri mereka
Ternyatalah ...
Bahawa kita ini bukanlah sempurna
Tapi kenapa kita sering inginkan kesempurnaan
Dalam mencari kasih sayang ...
Sedangkan kita tahu tiada insan yang sempurna
Mungkin aku tidak sempurna seperti diri mu
Mungkin kerna diri mu terlalu mulia
Atau mungkin kerna diri mu terasa terlalu hebat
Dalam mencari aku temui ...
Tapi pertemuan itu hanya pura pura
Entah untuk apa dan untuk siapa kepuraan itu
Kekadang kau tangisi kesunyian malam hari
Kekadang kau ratapi kebosanan tanpa insan di sisi
Tapi kau memang selalu terlupa ..
Bahawa ada insan cuba mengetuk
Tirai kamar untuk beradu bersama
Dan insan itu terlalu biasa buat mu
Seperti aku ... aku hanya insan yang biasa

shared by:
aku sendiri
putrajaya
No comments:
Post a Comment