Kekadang kita tak tahu apa yang kita nak … dan kekadang kita tak tahu apa yang kita cari …
Seringkali apa yang kita nak dan yang kita cari … kita tak akan dapat perolehi ke dua duanya sekali …
Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
di biarkan begitu sahaja …tiada tambah dan tiada kurangnya
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. kerana bukan aku yang meminta dan bukan aku yang memutus kata
aku takut sekadar bertepuk sebelah tangan …
Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
di teruskan dengan sulaman kasihsayang … agar bercambah cintanya
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. aku hanya mampu berharap … pada harapan yang aku sendiri tak pasti
Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Ditamatkan riwayat kisahnya .. agar ada hati tidak terluka, berendam air mata
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. telah kering airmata … namum derita juga yang ku terima
Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Di eratkan dengan tali kejujuran … bukannya kepura puraan
tapi adakah ini hubungan yang di cari selama ini …
entah ….. kejujuran yang di beri … sering di salah tafsir kan … mungkin kurang bahasa agaknya
Kekadang ada baiknya hubungan antara dua insan
Sekadar bertanya berita … bertanya khabar bukan rahsia …
Sekadar menyapa … bukan mengata…
Sekadar memanjangkan silaturahim … bukan memutuskannya ..
Apa yang pasti … aku tahu apa yang ku cari …
shared by:
aku sendiri
Putrajaya
No comments:
Post a Comment