"when we wake up in the morning, we have two simple choices. go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams. choice is yours..."

Wednesday, 1 August 2012

:: hantu call?? ::





Malam tadi, dalam lebih kurang pukul 10.30 malam, aku dah sampai rumah. Seperti biasalah sebelum masuk rumah menjadi amalan aku bagi salam walaupun takda orang dalam rumah. orang alim ulama kata kalau kita bagi salam sebelum masul rumah hantu syaiton lari lintang pukang. kemudian aku bukak lampu bilik, bukak kipas, bukak tingkap, , bla bla bla bla..dan seperti biasa juga, aku get ready nak mandi. aku campak handphone aku atas tilam kan tapi lupa nak tukar mode handphone aku ke nada bunyi sebab  mode handphone aku masih kepada 'silent mode', Okay bayangkan, aku berada dalam bilik aku sorang-sorang, tiba-tiba aku terdengar bunyi suara perempuan,

"hello...hello...hello"

aku tengok belakang, tak ada siapa-siapa,
aku tengok bawah katil, tak ada siapa-siapa,
aku selak langsir, tak ada siapa-siapa.

Hurmmm..dari mana suara tu datang? pastu aku dengar lagi..

"hello..ady..hello"
"woi...hello...woi"

kali ni suara tu jelas dari dalam aku  (hah! hah! jangan fikir bukan-bukan), aku pun jenguk atas tilam aku...
dan...




aku temui...



handphone aku tengah buat video call dengan cencorot a.k.a si wani gendut..ceh! hampeh betul! malam-malam dah nak buat seram!

Sekian,

**nota kaki : jari saya yang luka dah baik..hehehe..dah boleh kembali korek hidung..!!

Tuesday, 31 July 2012

:: im back again....::

Agak lama jari jemari aku ni tak menaip, bukan apa, aku sedikit sibuk dengan kerja. Entry ni aku masih lagi tak tau nak cerita apa walaupun sebenarnya ada banyak gila yang nak di kongsi. Slow-slow la kay..

Aku...
Start puasa ke-sembilan, aku mengalami sakit gigi/gusi sampai hujung minggu lepas baru lega. Paling teruk masa Sabtu (28/07/2012), masa tu bengkak gila bibir aku, nak cakap pun slow-slow. kalau gelak...perhhh! seksa gila. Nak makan lagi la, kena suap slow-slow, kunyah slow-slow dan telan pun slow-slow. Sekarang dah okay, aku boleh makan dengan puas hati, aku boleh bercakap dengan puas hati, and aku boleh gelak dengan puas hati. hehehe

Baju Raya...
Hurm..aku ada terfikir untuk membeli baju raya tahun nie. insyaAllah. aku plan bila aku dapat duit bonus nanti baru aku nak pergi jalan TAR. aku dah survey dah hari tue. harga baju melayu termasuk sampin RM150, patut ka aku beli? patutklaa kot. sebab dah hampir 5 tahun baju raya aku tak berganti. last masa arwah mak aku ada lagi. lepas tue tak berganti. kesian tak kat aku. sebab raya tanpa baju raya bosan babe! hahahahaha

Kerja...
Aku sekarang masih lagi kerja di Kementerian Pengangkutan. tapi hari nie (30/07/2012) merupakan hari terkahir aku kat Unit Parlimen dan Antarabangsa. selepas nie aku akan bergerak ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. tapi masih dalam Kementerian yang sama. Peredaran masa telah menyebabkan satu evolusi kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga dengan kerja aku, sekarang aku telah berevolusi menjadi Peopalove™ (sebutannya adalah people love)..sebab mungkin aku jadi rebutan secare tak sengaja antara dua bahagian. poyo tak?? aku tak kisah sangatpun kerja kat bahagian mana. cuba untuk mencari pengalaman baru. biarlah orang lain pulak yang rasa kerja aku macam mana. kalau tak tergugur telur..eh..mencarot pulak bulan puasa nie. maafkan saya...hahahaha..

buat masa sekarang aku juga masih sibuk dengan kerja-kerja di office, rumah dah jadi macam hotel, hanya tempat tidur dan mandi. Kadang-kadang aku terpaksa kerja pada hujung minggu, tapi bagus la..tak semua boleh dapat kerja terus menerus macam ni. So bila ada project, kita juga berevolusi menjadi lebih baik..kan? huhu..so memang aku tak nak merunggut pasal kerja ni, sebab aku tahu, ia memberi banyak kebaikan.Kesimpulan:
Bulan puasa ni banyak mengajar aku erti kesabaran...sakit gigi, baju raya dan kerja!

Okaylah..sampai sini dulu update aku untuk rini, nanti aku cerita lagi pasal baju raya aku.

tungguuuuuuuu.......!


Sekian,

**nota kaki : tengah bajet-bajet duit raya untuk adik-adik angkat aku..kopak babe!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...